Sunday, May 07, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (VI)

Siapakah Maria dari Magdalena? (Bahagian 1)

Maria dari Magdalena merupakan watak utama dalam The Da Vinci Code. Marilah kita meneliti hidup Maria bermula dengan tanggapan salah bahawa dia seorang pelacur.

Dari manakah tanggapan ini datang? Malangnya, kenapakah banyak orang yang tersilap tanggapan?

Menurut Leigh Teabing, pemahaman popular yang Maria ini seorang pelacur ialah hasil kempen gereja awal memburuk-burukkan nama baiknya. Pada pandangan Teabing, “Gereja menfitnah Maria … untuk menyembunyi rahsianya yang berbahaya – peranannya sebagai Holy Grail”. Ingat, dalam novel ini, Holy Grail bukanlah cawan yang digunakan oleh Yesus semasa jamuan terakhir. Sebagai ganti, Maria dari Magdalena dijadikan sebagai isteri dan penyambung zuriat Yesus.

Bagaimanakah kita seharusnya memberi jawapan? Pernahkah gereja awal memfitnah Maria sebagai seorang pelacur demi menyembunyikan perhubungan intimnya dengan Yesus?

Rekod pertama yang salah kaitkan Maria dari Magdalena ini sebagai pelacur didapati dari khutbah Paus Gregory the Great pada tahun 591 T.M. Jelasnya ia bukanlah cubaan sengaja untuk menfitnah Maria tetapi Gregory tersalah tafsirkan sesetengah petikan dari Injil dan akibatnya identiti Maria disalah fahamkan sebagai seorang pelacur.

Sebagai contoh, dia mungkin kaitkan perempuan yang berdosa (namanya tidak diketahui) dalam Lukas 7, dimana dia mengurapi kaki Yesus dengan Maria dari Bethani dalam Yohanes 12 yang juga mengurapi kaki Yesus sebelum kematianNya.

Ini memang senang berlaku kerana, walaupun berbeza, ada juga banyak persamaan di antara kedua-dua kejadian yang berasingan itu. Jika Gregory menganggap bahawa perempuan yang berdosa dalam Lukas 7 ialah Maria dalam Yohanes 12, maka dia telah melakukan kesilapan dalam mengaitkan perempuan yang berdosa ini dengan Maria dari Magdalena.

Yang menariknya, kali pertama Lukas menyebut bahawa Maria dari Magdalena dalam awal bab yang ke-8 sejurus selepas pengurapan Yesus dalam Lukas 7. Oleh sebab perempuan yang namanya tidak diketahui dalam Lukas 7 bersalah kerana dosa berkait seks dan jika Gregory menganggap perempuan ini Maria dari Magdalena maka kesimpulan yang menganggapnya sebagai seorang pelacur bukanlah luar biasa.

Jika anda berbincang dengan sesiapa yang berpandangan serong terhadap gereja, jangalah takut untuk mengaku bahawa ada kalanya gereja membuat kesilapan. Kita boleh bersetuju bahawa Gregory pernah membuat kesilapan bila dia salah kaitkan Maria sebagai pelacur.

Kita kena tahu bahawa ia bukanlah kempen fitnah yang dilancarkan oleh gereja awal. Kita juga kenalah mengingatkan kawan-kawan kita bahawa orang Kristian boleh melakukan kesilapan begitu juga dengan dosa sama seperti orang lain (Rom 3:23). Perbezaannya ialah kita sedar kita perlukan seorang Penyelamat yang selamatkan kita dari dosa. Dengan ini, kita mengikuti langkah-langkah Maria dari Magdalena. (Yohanes 20:1-18)!

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

2 comments:

Anonymous said...

Banyak sekali berbagai tulisan yang menyerang iman Kristen kebanyakan bersumber dari injil-injil gnostik, Memang sebagai orang Kristen, kita harus terus belajar dan mendalami bukan hanya dogma tapi juga warna-warni sejarah dan budaya yang melatarbelakanginya. Kita bisa berbagi informasi di sini: http://www.melesat.com/

jasmine said...

aku senang belajar tentang keagamaan,dan aku akan belajar lagi dan lagi banyak hal,bahkan kalau perlu semua agama