Sunday, May 07, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (IX)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Dua watak terpelajar dalam The Da Vinci Code mendakwa bahawa hakikat Yesus membujang ini tidak masuk akal. Leigh Teabing mengatakan, “Yesus sebagai orang yang sudah berkahwin jauh lebih masuk akal dari pandangan alkitabiah yang mengatakan Yesus membujang”. Ini disetujui oleh professor fiksyen bidang symbologi agama dari Harvard, Robert Langdon yang mengatakan:

"Yesus ialah seorang Yahudi, dan adat social pada zaman itu melarang lelaki Yahudi membujang. Mengikut adat Yahudi, pembujangan adalah dikutuk… Kalau Yesus tidak berkahwin, sekurang-kurangnya salah satu dari Injil AlKitab akan mengisahkannya atau memberi penjelasan kisah pembujangannya yang luar biasa itu."

Benarkah dakwaan ini? Bagaimana pula jika kawan-kawan kita ingin penjelasan di sini?

Darrell Bock, pengarang sebuah buku yang hebat, Breaking the Da Vinci Code mengulas bahawa Yesus bujang ini bukanlah perkara yang tidak munasabah. Memanglah kebanyakan lelaki Yahudi pada zaman Yesus berkahwin. Memang benar juga perkahwinan merupakan tanggungjawab seorang insan, lebih-lebih lagi firman Tuhan menyeru umat manusia “beranak cuculah yang banyak, supaya keturunanmu mendiami seluruh muka bumi…” (Kejadian 1:28). Walaubagaimanapun, dalam abad pertama selepas Masehi lagi, pembujangan ini sudah diterima dan adanya pengecualian bagi mereka yang ingin membujang.

Philo dari Alexandria, seorang penulis Yahudi pada abad pertama, memperihalkan kumpulan Essene yang “menolak perkahwinan .. kerana tiada seorang dari kumpulan Essene mempunyai seorang isteri”. Yang menariknya ialah kumpulan ini tidak dikutuk malah dikagumi. Philo juga menulis, “Kehidupan kumpulan Essenes ini diirihati bukan sahaja raja-raja malah orang umum …dan kumpulan ini dihormati” Dari petikan ini, jelas bahawa bukan semua orang pada zaman Yesus yang mewajibkan perkahwinan. Dan bagi mereka yang tidak mahu berkahwin atas alasan keagamaan, mereka sering dikagumi dan bukan dikutuk.

Adalah bagus untuk mengingatkan kawan anda bahawa AlKitab tidak mengutuk pembujangan. Malah ia dipuji kerana bagi mereka yang ingin membujang dapat menumpukan diri mereka dalam kebaktian kepada Tuhan (contohnya 1 Kor. 7:25-38).

Rujukkan kepada mereka juga Matius 19:12, di mana Yesus menjelaskan bahawa "adanya yang menolak perkahwinan demi kerajaan Tuhan”. Yesus membuat kesimpulan, “Mereka yang boleh menerimanya patut terimanya.” Sudah pasti Yesus telah menerimanya demi menumpukan diriNya pada pekerjaan Bapa di SyurgaNya.

Memandangkan adanya lelaki Yahudi lain yang membujang atas sebab keagamaan, hakikat Yesus membujang ini bukanlah perkara yang ganjil atau terkutuk. Biarlah kawan anda mengetahui hal ini, sebalik tuntutan yang dibuat oleh The Da Vinci Code, pembujangan Yesus sememangnya boleh diterima sama sekali.

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya? Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

2 comments:

Anonymous said...

mengapa yesus tidak berkahwin sedangkan bible sendiri memerintahkan umatnya untuk berkahwin?adakah yesus layak untuk tidak berkahwin dan umatnya disuruh berkahwin spt yang dikatakan dalam bible

Dave said...

Hi Anon, sebenarnya Bible tidak memerintah kita untuk berkahwin :) Malah Yesus sendiri berkata ada orang yang mempunyai anugerah agar tidak berkahwin demi sebab sebab tertentu