Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Sunday, April 13, 2008

Kristus Di Kancah Peradaban

Mengapa kita sering dibuat keliru oleh pertanyaan-pertanyaan yang diajukan dunia terhadap iman Kristian? Mengapa bukan sebaliknya?

Mengapa bukan kita yang mendorong dunia untuk memikirkan secara serius visi alkitabiah sebagai pengharapan di kalangan pelbagai krisis rumit yang kita hadapi pada zaman ini?

Di manakah peranan kita dalam kancah peradaban dunia?
Apa relevansi penebusan Kristus dengan dinamik yang terjadi dalam dunia Akademia?
Bagaimanakah orang Kristian seharusnya memakai anugerah kemampuan berfikir yang diciptakan Tuhan ini? Renungilah di Cahaya Nusantara

Friday, December 28, 2007

Hanya Satu Yang Anda Perlu

The Agora is part of the Gospel Translations project, and this is a resource that we have translated into Bahasa Malaysia:

"Jika Marta tahu peristiwa beliau naik berang akan tercatat dalam Injil Lukas, mungkin akan lebih sabar beliau menahan rasa geramnya itu. Akan tetapi, kisah yang memalukannya sudah menjadi pedoman kita kerana dalam Lukas 10:38-42 kita menemui salah satu kekunci penting (yang seringkali diabaikan) untuk kita bermesra dengan Tuhan.

Ceritanya berbuka tirai dengan Yesus dan sahabat-sahabatnya merentasi bandar Bethany yang terletak hanya dua batu ke arah timur Jerusalem. Di sini, Lukas menulis, “Seorang perempuan yang bernama Marta menerima Dia di rumahnya.”

Walaupun Lukas tidak memberi maklumat lebih lanjut, saya anggap Marta menjadi tuan rumah kepada para pengikutnya juga. Kalau begitu, beliau perlu merisaukan tentang makan minum bagi sekurang-kurangnya tiga belas orang tetamu. Rasanya tidak mungkin Marta membaca terlebih dahulu jadual perjalanan Yesus. Barangkali kunjungan Yesus adalah secara spontan, tidak dijangka.

Bayangkan anda dalam situasi Marta… Bagaimana kalau pastor anda dan dua belas rakan karibnya membuat lawatan ke rumah anda suatu hari dan berkata, “Apa khabar? Kami baru sampai. Boleh kita menjamu makan malam bersama-sama di rumah anda?” Macam mana reaksi anda?

Anda mungkin cuba kelihatan teruja. “Ini sudah bagus!” anda berkata. Senyuman kaku terukir dalam wajah anda. Apabila mereka melangkah masuk, anda mungkin mula meminta maaf kerana ruang tamu kurang kemas dan dapur dipenuhi pinggan mangkuk yang kotor. Pada masa yang sama, anda cuba menggeledah almari dan peti ais, tertanya-tanya sama ada makanan akan mencukupi untuk ‘kenduri kilat’ ini?

Dapatkah anda melihat keadaan Marta pada hari tersebut? Beliau bukan pemilik restoran, tetapi cuba mengendalikan sebuah rumah sebegini!

Jika bandar Bethany mempunyai restoran Cina atau Pizza Hut, mungkin Marta secara diplomatic akan menunjukkan arah kepada Yesus dan para sahabatNya untuk mencari makan di luar. Akan tetapi, tiada pilihan baginya. Ramai tetamu berkerumun untuk makan malam. Walaupun beliau ada niat yang baik, pergelutan dalam hatinya sukar dapat dielakkan.

Sebagai seorang wanita yang tekun dan tulus, Marta bersungguh-sungguh memasak untuk tetamu undangannya. Tidak keterlaluan beliau harapkan adik perempuannya Maria untuk membantu di dapur. Jadi bayangkanlah reaksinya apabila melihat Maria duduk dekat kaki Yesus, mendengar ajaranNya. Semasa Marta bertungkus lumus dengan aliran keringat dahi, adiknya bersantai, tidak sedar atau terjejas langsung. Adakah anda rasa keadaan sebegini mungkin menghangatkan serba sedikit perasaannya?

Pada ketika itu, bukan hanya masakan lauk sahaja yang ‘medidih’ di dapur Marta. Niat baiknya mula bertukar haluan yang tidak diduga. Sekarang beliau marah dan cuba memprojeksi perasaan bersalahnya kepada Maria pula.

“Tuan,” dia mencelah sambil menggendalakan ajaran Yesus, “Tidakkah Kau peduli bahawa Maria membiarkan aku buat kerja bersendiri? Suruhlah dia membantu aku!"

Jelasnya, ia bukan perbincangan sopan biasa, dan Marta, sudah tentu, tidak menjangka hal ini akan dimasukkan dalam Alkitab. Tapi pada masa itu, Maria kecewa, tindak balasnya terhadap apa yang beliau rasa kurang sensitif itu salah.

Akibatnya, reputasi Marta terjejas dalam pandangan kita jadi izinkan saya mempertahankan tindakannya itu sebentar. Dari kisah Injil berikutan, kita tahu beliau sudi belajar dari teguran Yesus yang lembut dan beradab. Begitu juga, beliau dipuji Yesus kerana layanannya yang tekun. Tanggungjawab melayani orang lain adalah tema yang ditekankan seluruh Alkitab. Bukan pelayanan, tapi sikapnya berdosa itu yang membawakan kepayahan.

Petikan Dari Disciplines For Life karya C.J. Mahaney, Sovereign Grace Ministries

Teruskan Bacaan Anda Di Sini:
Bahagian II, Bahagian III, Bahagian IV dan Bahagian V

Thursday, September 06, 2007

Gospel-pedia

GospelTranslations, a vision birthed from Cahaya Nusantara network (The 'Eastern' face of The Agora that certain postmodernists would prefer to forget) is now online, translators are welcome to participate in this wiki-powered community project: "Our mission is to make gospel-centered resources accessible for Christians of every nation and language. We are a project of Open Source Mission, in partnership with several Christian publishers, and carried out by a world-wide community of volunteer translators.

Our hope is that by translating these resources into the many languages of global Christianity, and furthermore by distributing them for free online, we will be able to make a contribution toward the future health and growth of the church. To read more about this, check out our Mission Statement.

For other information, you can visit our Frequently Asked Questions page, read about how our process works, or visit the Community Portals to see what's going on in your language." (Be patient with the links, Work in progress...)

Many thanks to the pioneer volunteers - Junia, Yenny, Saudara Jubilie Apin frm Sabah, Godlief, Ronald Oroh, Adi and others! Look forward to the collaboration for the gospel... in Indonesia, Malaysia and beyond.

Volunteers with a grasp of Bahasa Msia, Indonesia or Chinese may contact us at hedonese at yahoo dot com

Sunday, May 07, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (X)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Kita telah pertimbangkan dakwaan The Da Vinci Code bahawa Yesus pernah berkahwin dan adanya kekurangan serius dalam dakwaan itu. Mark Roberts memerhati, “Kebanyakan orang yang menyokong thesis bahawa Yesus pernah berkahwin mempunyai satu agenda iaitu menafikan keunikan Yesus, terutama sekali keTuhananNya.”

Ini sememangnya benar dalam The Da Vinci Code. Ia bukan sahaja mengatakan Yesus pernah berkahwin, malah ia mempersoalkan sama ada pengikut-pengikutNya yang paling awal percaya Yesus adalah Tuhan.

Menurut Teabing, doktrin keTuhanan Kristus adalah keputusan hasil dari undian dari Majlis Nicaea. Dia menegaskan lagi, “Sehingga ketika itu dalam sejarah, Yesus hanyalah dilihat sebagai nabi manusia … seorang yang berwibawa dan berpengaruh, tapi hanyalah manusia semata-mata.” Benarkah pengikut-pengikut awal Yesus hanya percaya yang Dia hanyalah manusia? Jika kawan kita yang bukan Kristian bertanyakan soalan begini, marilah kita ambil peluang ini untuk menjelaskan siapakah Yesus sebenarnya!

Pertemuan Majlis Nicea diadakan pada tahun 325 T.M. Selama 3 abad sebelumnya, pengikut Yesus telah lama mengisytiharkan keTuhananNya. Sumber penulisan paling awal kita mengenai riwayat Yesus dijumpai dalam Perjanjian Baru. Dokumen-dokumen abad pertama berulang kali mengesahkah keTuhanan Kristus. Contohnya dalam surat Paulus ke jemaat Kolose, Paulus menyatakan, “Sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan keTuhanan” (2:9; lihat juga Roma 9:5; Fil. 2:5-11; Tit. 2:13). Yohanes juga bertulis, “Pada mulanya adalah Firman… Firman itu adalah Tuhan … Firman itu telah menjadi manusia dan tinggal di antara kita" (1:1,14).

Banyak juga pengesahan mengenai keTuhanan Yesus dalam penulisan tokoh-tokoh utama gereja sebelum Majlis Nicea. Pada awal abad kedua, Ignatius dari Antioch menulis “Tuhan kita, Yesus Kristus.” Begitu juga dengan pengesahan lain yang serupa dijumpai dalam karya tulisan ini. Ada juga kesaksian dari yang bukan Kristian pada abad kedua bahawa umat Kristian mempercayai Kristus adalah Tuhan. Pliny the Younger dalam tulisannya kepada maharaja Trajan pada tahun 112 T.M. mengatakan umat Kristian awal “mengamalkan perjumpaan pada hari tertentu … mereka nyanyi lagu pujian syukur kepada Kristus, seolah-olah kepada seorang Tuhan.”

Jika kita berkongsi maklumat ini dengan rakan bukan Kristian berbekalkan rasa rendah diri, kita dapat membantu mereka untuk melihat bahawa umat-umat Kristian mempercayai keTuhanan Yesus berabad-abad sebelum tibanya Majlis Nicea.

Kita boleh menjelaskan kenapa mereka begitu yakin bahawa Yesuslah Tuhan sehingga lebih sanggup terkorban daripada menafikanNya. Kita juga boleh membantu kawan kita menaruh kepercayaan kepada Yesus bagi diri mereka sendiri.

“Kerana Allah bgitu mengasihi manusia di dunia ini, sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa melainkan mendapat hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16)


Jika anda mahu gereja anda bersedia bagi memanfaatkan peluang ini, pertimbangkanlah siri pembelajaran baru kami iaitu Penebusan The Da Vinci Code (Redeeming The Da Vinci Code) dari probe.org

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Penebusan The Da Vinci Code (IX)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Dua watak terpelajar dalam The Da Vinci Code mendakwa bahawa hakikat Yesus membujang ini tidak masuk akal. Leigh Teabing mengatakan, “Yesus sebagai orang yang sudah berkahwin jauh lebih masuk akal dari pandangan alkitabiah yang mengatakan Yesus membujang”. Ini disetujui oleh professor fiksyen bidang symbologi agama dari Harvard, Robert Langdon yang mengatakan:

"Yesus ialah seorang Yahudi, dan adat social pada zaman itu melarang lelaki Yahudi membujang. Mengikut adat Yahudi, pembujangan adalah dikutuk… Kalau Yesus tidak berkahwin, sekurang-kurangnya salah satu dari Injil AlKitab akan mengisahkannya atau memberi penjelasan kisah pembujangannya yang luar biasa itu."

Benarkah dakwaan ini? Bagaimana pula jika kawan-kawan kita ingin penjelasan di sini?

Darrell Bock, pengarang sebuah buku yang hebat, Breaking the Da Vinci Code mengulas bahawa Yesus bujang ini bukanlah perkara yang tidak munasabah. Memanglah kebanyakan lelaki Yahudi pada zaman Yesus berkahwin. Memang benar juga perkahwinan merupakan tanggungjawab seorang insan, lebih-lebih lagi firman Tuhan menyeru umat manusia “beranak cuculah yang banyak, supaya keturunanmu mendiami seluruh muka bumi…” (Kejadian 1:28). Walaubagaimanapun, dalam abad pertama selepas Masehi lagi, pembujangan ini sudah diterima dan adanya pengecualian bagi mereka yang ingin membujang.

Philo dari Alexandria, seorang penulis Yahudi pada abad pertama, memperihalkan kumpulan Essene yang “menolak perkahwinan .. kerana tiada seorang dari kumpulan Essene mempunyai seorang isteri”. Yang menariknya ialah kumpulan ini tidak dikutuk malah dikagumi. Philo juga menulis, “Kehidupan kumpulan Essenes ini diirihati bukan sahaja raja-raja malah orang umum …dan kumpulan ini dihormati” Dari petikan ini, jelas bahawa bukan semua orang pada zaman Yesus yang mewajibkan perkahwinan. Dan bagi mereka yang tidak mahu berkahwin atas alasan keagamaan, mereka sering dikagumi dan bukan dikutuk.

Adalah bagus untuk mengingatkan kawan anda bahawa AlKitab tidak mengutuk pembujangan. Malah ia dipuji kerana bagi mereka yang ingin membujang dapat menumpukan diri mereka dalam kebaktian kepada Tuhan (contohnya 1 Kor. 7:25-38).

Rujukkan kepada mereka juga Matius 19:12, di mana Yesus menjelaskan bahawa "adanya yang menolak perkahwinan demi kerajaan Tuhan”. Yesus membuat kesimpulan, “Mereka yang boleh menerimanya patut terimanya.” Sudah pasti Yesus telah menerimanya demi menumpukan diriNya pada pekerjaan Bapa di SyurgaNya.

Memandangkan adanya lelaki Yahudi lain yang membujang atas sebab keagamaan, hakikat Yesus membujang ini bukanlah perkara yang ganjil atau terkutuk. Biarlah kawan anda mengetahui hal ini, sebalik tuntutan yang dibuat oleh The Da Vinci Code, pembujangan Yesus sememangnya boleh diterima sama sekali.

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya? Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Penebusan The Da Vinci Code (VI)

Siapakah Maria dari Magdalena? (Bahagian 1)

Maria dari Magdalena merupakan watak utama dalam The Da Vinci Code. Marilah kita meneliti hidup Maria bermula dengan tanggapan salah bahawa dia seorang pelacur.

Dari manakah tanggapan ini datang? Malangnya, kenapakah banyak orang yang tersilap tanggapan?

Menurut Leigh Teabing, pemahaman popular yang Maria ini seorang pelacur ialah hasil kempen gereja awal memburuk-burukkan nama baiknya. Pada pandangan Teabing, “Gereja menfitnah Maria … untuk menyembunyi rahsianya yang berbahaya – peranannya sebagai Holy Grail”. Ingat, dalam novel ini, Holy Grail bukanlah cawan yang digunakan oleh Yesus semasa jamuan terakhir. Sebagai ganti, Maria dari Magdalena dijadikan sebagai isteri dan penyambung zuriat Yesus.

Bagaimanakah kita seharusnya memberi jawapan? Pernahkah gereja awal memfitnah Maria sebagai seorang pelacur demi menyembunyikan perhubungan intimnya dengan Yesus?

Rekod pertama yang salah kaitkan Maria dari Magdalena ini sebagai pelacur didapati dari khutbah Paus Gregory the Great pada tahun 591 T.M. Jelasnya ia bukanlah cubaan sengaja untuk menfitnah Maria tetapi Gregory tersalah tafsirkan sesetengah petikan dari Injil dan akibatnya identiti Maria disalah fahamkan sebagai seorang pelacur.

Sebagai contoh, dia mungkin kaitkan perempuan yang berdosa (namanya tidak diketahui) dalam Lukas 7, dimana dia mengurapi kaki Yesus dengan Maria dari Bethani dalam Yohanes 12 yang juga mengurapi kaki Yesus sebelum kematianNya.

Ini memang senang berlaku kerana, walaupun berbeza, ada juga banyak persamaan di antara kedua-dua kejadian yang berasingan itu. Jika Gregory menganggap bahawa perempuan yang berdosa dalam Lukas 7 ialah Maria dalam Yohanes 12, maka dia telah melakukan kesilapan dalam mengaitkan perempuan yang berdosa ini dengan Maria dari Magdalena.

Yang menariknya, kali pertama Lukas menyebut bahawa Maria dari Magdalena dalam awal bab yang ke-8 sejurus selepas pengurapan Yesus dalam Lukas 7. Oleh sebab perempuan yang namanya tidak diketahui dalam Lukas 7 bersalah kerana dosa berkait seks dan jika Gregory menganggap perempuan ini Maria dari Magdalena maka kesimpulan yang menganggapnya sebagai seorang pelacur bukanlah luar biasa.

Jika anda berbincang dengan sesiapa yang berpandangan serong terhadap gereja, jangalah takut untuk mengaku bahawa ada kalanya gereja membuat kesilapan. Kita boleh bersetuju bahawa Gregory pernah membuat kesilapan bila dia salah kaitkan Maria sebagai pelacur.

Kita kena tahu bahawa ia bukanlah kempen fitnah yang dilancarkan oleh gereja awal. Kita juga kenalah mengingatkan kawan-kawan kita bahawa orang Kristian boleh melakukan kesilapan begitu juga dengan dosa sama seperti orang lain (Rom 3:23). Perbezaannya ialah kita sedar kita perlukan seorang Penyelamat yang selamatkan kita dari dosa. Dengan ini, kita mengikuti langkah-langkah Maria dari Magdalena. (Yohanes 20:1-18)!

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Penebusan The Da Vinci Code (V)

Pembentukan Kanon Perjanjian Baru

Dalam abad-abad awal agama Kristian, banyak buku ditulis berkenaan ajaran Yesus dan rasul-rasulNya. Kebanyakan buku ini tidak dimasukkan ke dalam Perjanjian Baru. Ini termasuklah Injil Filipus, Kisah Yohanes, dan Wahyu Petrus.

Bagaimanakah gereja awal dapat memutuskan senarai buku yang boleh diiktiraf atau ditolak dari Perjanjian Baru? Bila dan siapakah yang membuat keputusan tersebut? Menurut Teabing, “AlKitab yang kita tahu hari ini dikumpulkan oleh … Constantine”.

Adakah ini benar?

Gereja awal mempunyai syarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi sebelum diiktiraf ke dalam Perjanjian Baru. Menurut Bart Ehrman, buku-buku ini mestilah ditulis dalam jangka waktu yang menghampiri zaman Yesus di bumi. Ia kenalah ditulis oleh para rasul atau rakan sekutunya. Ajaran buku-buku ini mesti konsisten atau sejajar dengan pemahaman iman ortodoks. Dan ia kenalah diterima dan diguna oleh gereja dengan meluas. Buku-buku yang tidak memenuhi kriteria tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam Perjanjian Baru.

Bilakah keputusan ini dibuat? Siapakah yang memutusnya?

Bukan majlis gereja awal Kristian yang bertanggungjawab memutuskan 27 buah buku yang hari ini dalam Perjanjian Baru. Sebaliknya, proses kanon ini terbentuk secara beransur-ansur apabila gereja menerima buku-buku yang telah diilhamkan oleh Tuhan. Koleksi terawal yang diedarkan ke gereja-gereja pada awal abad kedua adalah 4 Injil serta surat-surat Paulus. Sekitar 144 T.M. pemimpin-pemimpin gereja mula mentakrifkan kanon dengan lebih khusus berikutan Marcion telah menerbitkan senarai buku yang menyeleweng.

Pada penghujung abad kedua, adanya persetujuan semakin meluas bahawa kanon itu merangkumi kempat-empat Injil, Kisah Para Rasul, 13 surat-surat Paulus, surat dari para rasul yang lain dan Wahyu Yohanes. Kanon Muratorian yang bertarikh pada penghujung abad kedua, memperakui setiap buku dalam Perjanjian Baru kecuali Ibrani, Yakobus, 1 & 2 Petrus dan 3 Yohanes. Senarai buku yang hamper sama juga diiktiraf oleh Irenaeus pada hujung abad kedua dan Origen pada awal abad ketiga. Walaupun senarai paling awal kesemua buku Perjanjian Baru datang dari Athanasius pada tahun 367 T.M., terdapat sepersetujuan meluas bagi kebanyakan buku (termasuk keempat-empat Injil) sebelum hujung abad kedua.

Dengan berkongsi matlumat ini dengan rasa hormat and sopan santun (1 Petrus 3:15) kita boleh membantu rakan-rakan sedar bahawa kanon Perjanjian Baru bukanlah keputusan Constantine.

Siapakah Maria dari Magdalena? Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Saturday, May 06, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (IV)

Dokumen-Dokumen Nag Hammadi

Sejak penemuan dokumen-dokumen ini pada tahun 1945, terbangkitnya minat terhadap teks dari Nag Hammadi, Mesir. Apakah dokumen-dokumen ini? Bilakah ia ditulis dan siapakah yang mengarangnya? Apakah tujuan tulisan tersebut?

Menurut Teabing, sejarahwan dalam The Da Vinci Code, teks Nag Hammadi melambangkan “rekod Kristian yang terawal”. “Injil-injil yang tidak berubah” ini, menurutnya, menceritakan kisah sebenar riwayat Yesus and Kristian awal. Injil-injil dalam Perjanjian Baru dikatakannya lebih lewat dan diubahsuaikan.

Masalahnya, teori Teabing itu salah sama sekali. Dokumen-dokumen Nag Hammadi bukanlah “rekod Kristian yang terawal”. Malah, setiap buku dalam Perjanjian Baru ternyata lebih awal. Dokumen-dokumen dalam Perjanjian Baru semuanya ditulis dalam abad pertama. Secara perbandingan, teks Nag Hammadi ini ditulis dari abad kedua dan ketiga. Seperti mana pemerhatian Darrell Bock dalam bukunya Breaking The Da Vinci Code, dia berkata, “Dalam penilaian kandungan dokumen ini, kita perlu ingat bahawa hampir kesemuanya ditulis beberapa generasi selepas kelahiran agama Kristian.”

Apakah kandungan dalam buku-buku ini?

Secara umumnya teks Nag Hammadi adalah dokumen-dokumen Gnostik. Rukun utama Gnostik adalah keselamatan yang diperoleh dari mengetahui ilmu rahsia. Oleh itu, perbezaan ketara Injil Gnostik berbanding dengan Perjanjian Baru ialah ia tidak mementingkan perihal kematian dan kebangkitan Yesus.

Sesungguhnya, agama Gnostik memisahkan kemanusiaan Yesus dari ketuhanan Kristus, maka terjadinya dua kewujudan yang berbeza. Ia bukanlah Tuhan Kristus yang menderita dan mati, tetapi hanyalah manusia Yesus ataupun mungkin Simon dari Kirene yang mengambil alih tempatnya. Terutamanya bagi pandangan Gnostik, kematian Yesus tidak berkait langsung untuk memperolehi keselamatan. Pokok utamanya bukan kematian Yesus di atas salib tetapi ilmu atau pengetahuan rahsia yang dibawaNya. Menurut Gnostik, keselamatan dating dari pemahaman yang betul dalam ilmu rahsia.

Jelasnya doktrin ini tidak dapat dibandingkan dengan ajaran Perjanjian Baru mengenai Kristus dan keselamatan, contohnya Rom 3:21-26; 5:1-11; 1 Cor 15:3-11; Titus 2:11-014. Aneh sekali, ia juga langsung berbeza dengan pendapat Teabing bahawa teks Nag Hammadi “mengatakan pelayanan Kristus sebagai manusia biasa sahaja”. Teks Nag Hammadi membentangkan Kristus sebagai Tuhan, walaupun ia jauh berbeza dari perspektif Perjanjian Baru.

Oleh itu, teks Nag Hammadi ditulis selepas lama kewujudan dokumen Perjanjian Baru dan mempunyai ciri-ciri falsafah hidup yang asing sekali berbanding dengan ajaran Al-kitabiah. Kawan-kawan kita yang bukan Kristian seharusnya mendapat maklumat bagaimana tokoh-tokoh awal gereja yang bijaksana telah sewajarnya menolak buku-buku ini dari kanon Perjanjian Baru.

Bagaimana pula jika mereka bertanyakan proses buku-buku diiktiraf dalam Perjanjian Baru?

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Penebusan The Da Vinci Code (III)

Adakah Kitab Injil Sumber Sejarah Yang Sahih?

Bagaimana pula jika ada tanggapan bahawa sumber-sumber Al-kitabiah ini tidak boleh dipercayai?

Walaupun tiada asas sejarah untuk dakwaan Constantine mengubahsuai Injil-injil Perjanjian Baru, kita kena tanya, “Adakah Injil-injil Al-kitab itu sumber yang boleh dipercayai berkenaan dengan informasi Yesus sejarah?” Menurut Teabing, sejarahwan novel fiksyen, “Hampir kesemua yang diajar oleh bapa-bapa kita mengenai Kristus adalah palsu” (235).

Adakah ini benar? Jawapan ini banyak bergantung kepada kesahihan biografi-biografi Yesus yang paling awal – Injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Setiap Injil ini ditulis dalam abad pertama. Walaupun secara teknikal, nama penulisnya tidak diumumkan, ada bukti kukuh dari penulis-penulis dari abad kedua seperti Papias (125 T.M) dan Irenaeus (180 T.M.) yang menghubungkan setiap Injil itu kepada pengarang tradisinya. Jika kesaksian mereka benar (dan tiada sebab untuk kita meraguinya), maka Markus, sahabat Petrus, menulis khutbah-khutbah Petrus. Dan Lukas, sahabat Paulus, yang mengkaji secara mendalam biografi yang tertera namanya. Akhirnya Matius dan Yohanes, dua daripada pengikut Yesus, menulis buku menurut kesaksian mereka. Jika ini benar, maka segala perkara yang direkodkan dalam Injil-injil secara langsung atau tidak langsung berdasarkan testimoni saksi.

Adakah pengarang-pengarang Injil berniat untuk memastikan kesahihan rekod riwayat Yesus? Adakah mereka ini berminat dengan fakta sejarah atau agenda teologi membayangi tujuan mereka dari mengisahkan segala yang benar-benar berlaku?

Craig Blomberg, seorang sarjana Perjanjian Baru membuat komen bahawa prolog Lukas (Lukas 1:1-4) “ditulis sama seperti prolog pengajian sejarah dan kerja biografi lama lain yang diterima umum”. Memandangkan genre kedua-dua Matius dan Markus sama dengan genre Lukas, maka adalah munasabah niat mereka untuk menulis sejarah yang tepat akan menyerupai tujuan Lukas juga. Akhir sekali, Yohanes memberitahu kita bahawa tujuan dia menulis Injil ini agar orang akan percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, Anak Tuhan dan kalau mempercayaiNya akan hidup dalam namaNya (20:31). Walaupun pernyataan ini melihatkan agenda teologi, Blomberg menunjukkan bahawa “jika anda ingin kepercayaan yang menyakinkan, teologi itu hendaklah mengalir dari sumber sejarah yang benar”.

Yang menariknya, sejarah dan arkeologi banyak membantu dan meyokong kesahihan pengarang Injil. Apabila penulis menyebut tentang orang, tempat dan peristiwa sejarah yang boleh disemak dengan sumber purba lain, hasil pemeriksaan itu mewajarkan keyakinan kita terhadap mereka.

Bantulah kawan anda yang bukan Kristian supaya mereka faham ada sebab-sebab munasabah untuk mempercayai kisah riwayat Yesus yang diberitakan dalam Injil-injil Perjanjian Baru.

Tapi, apakah yang terjadi kepada buku-buku yang tidak dapat didaftar masuk dalam senarai Perjanjian Baru? Secara spesifik, bagaimana sekiranya kawan anda bertanyakan mengenai dokumen-dokumen Nag Hammadi?

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Penebusan The Da Vinci Code (II)

Pernahkah Constantine mengubahsuai keempat-empat Injil kita?

Adakah Injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes yang kemudiannya diiktiraf secara rasmi dalam kanon Perjanjian Baru, diubahsuaikan dengan sengaja atas perintah Maharaja Constantine? Inilah disarankan oleh Leigh Teabing, sejarahwan fiksyen dalam The Da Vinci Code. Dia juga menyatakan, “Constantine menugaskan dan membiayai penghasilan AlKitab baru dengan mengeluarkan ciri-ciri kemanusiaan Yesus dan ditokok tambahkan dengan ciri-ciri ketuhanan Yesus.”

Adakah ini benar?

Dalam surat Constantine kepada sejarahwan gereja, Eusebius, baginda memang mengarahkan penyediaan 50 salinan kitab suci. Tetapi tiada arahan dalam surat tersebut yang memberi perintah untuk mengubahsuai mana-mana injil untuk menjadikan Yesus itu tuhan. Kalau ada pun, memang mustahil baginya mendapat kerjasama dari orang-orang Kristian yang setia untuk menerima perubahan tersebut.

Sebelum pemerintahan Constantine, gereja telah lama menderita kerana ditindas oleh maharaja Diocletian. Amat sukar untuk percaya bahawa umat Kristian sama yang pernah melalui penganiayaan berdarah selama ini sanggup membuang injil yang mereka kasihi dan menerima pengubahsuaian kisah hidup Yesus! Sekiranya Constantine cuba berbuat sedemikian, kita tentu dapat bukti peristiwa ini dari hasil tulisan tokoh-tokoh gereja pada zaman itu. Tapi hakikatnya, rekod sejarah sebegini memang tidak wujud. Tiada seorang pun yang memberitakan cubaan Constantine untuk mengubah mana-mana Injil kita. Dakwaan bahawa pemimpin gereja pada abad keempat, yang pernah ditindas kerana iman mereka, sanggup berkerjasama dengan Constantine dalam konspirasi memang tidak realistik.

Akhir sekali, kita masih memiliki salinan keempat-empat Injil yang nyata lebih awal dari Constantine dan Majlis Nicea. Walaupun tiada satu dari salinan itu lengkap sepenuhnya, kita mempunyai salinan hampir lengkap bagi Lukas dan Yohanes yang berbentuk kodeks bertarikh di antara 175 T.M. dan 225 T.M. iaitu sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum Nicea. Terdapat juga naskhah atau manuskrip bertarikh sekitar 200 T.M atau lebih awal yang mengandungi kebanyakan Injil Yohanes.

Kenapakah perkara ini begitu penting?

Pertama, perbandingan boleh dibuat dengan manuskrip sebelum Nicea dan selepas Nicea untuk melihat sama ada pengubahsuaian dibuat atau tidak. Tiada pengubahsuaian yang berlaku.

Kedua, versi Injil Yohanes sebelum Nicea ada merekodkan keTuhanan Yesus. Contohnya, Yohanes 1:1-3; 8:58; 10:30-33. Maksudnya, keTuhanan Yesus jelas terlihat dalam keempat-empat Injil yang dijumpai dalam manuskrip yang lebih seratus tahun lebih awal dari Constantine.

Jika kawan anda yang belum mengenali Kristus menganggap injil-injil ini pernah diubahsuai, rujuklah mereka kepada bukti ini dengan budi bahasa yang halus. Galakkanlah mereka untuk membaca sendiri Injil-injil supaya mereka mengenali siapakah Yesus sebenarnya.

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

Friday, May 05, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (I)

Artikel asal ini diambil dari Pelayanan Probe yang ditulis oleh MICHAEL GLEGHORN dan diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

Pengenalan kepada buku Da Vinci Code

Novel Dan Brown, The Da Vinci Code telah mendapat sambutan hangat dari pembacanya. Sebanyak 40 juta cetakannya telah dijual serata dunia. Ron Howard dan Sony Pictures juga akan membawa cerita ini ke panggung wayang pada Mei 18, 2006.

Oleh itu, demi menyambut cabaran dari novel serta filem itu, Probe bergabung dengan EvanTell, satu pelayanan latihan penginjilan, untuk menghasilkan siri DVD yang bertajuk Redeeming The Da Vinci Code. Siri ini bertujuan mengukuhkan iman dan melengkapi umat Kristian supaya bersaksi kepada mereka yang melihat filem atau membaca novel tersebut. Saya berharap artikel ini dapat menggalakkan anda untuk menyampaikan kebenaran kepada kawan anda serta ahli keluarga yang akan menonton dan membaca buku tersebut.

Apakah yang kecoh sangat dengan novel ini?

Cerita dalam novel ini bermula dengan pembunuhan seorang pemelihara seni di muzium Louvre. Mangsa jenayah ini bukan sahaja berminat dengan seni tetapi juga mengetuai sebuah pertubuhan rahsia yang dipanggil the Priory of Sion. Pertubuhan ini mengawal rahsia, yang jika terbongkar, akan mencelakan iman Kristian alkitabiah.

Sebelum kematiannya, dia telah cuba memberikan rahsia ini kepada cucu perempuannya, Sophie, seorang kriptografi dan profesor Harvard, Robert Langdon dengan meninggalkan pelbagai petunjuk dengan harapan mereka dapat menemui kebenaran.

Apakah rahsia besar ini? Jawapannya: Lokasi dan identiti Holy Grail.

Tetapi dalam novel Brown, Holy Grail ini bukanlah cawan yang digunakan oleh Kristus sewaktu jamuan terakhirNya. Ia adalah Maria Magdalena, isteri Yesus Kristus, yang menyambungkan zuriat Kristus dengan melahirkan anak! Pertubuhan Priory of Sion mengawal rahsia lokasi makam Maria dan juga berkhidmat melindungi keturunan Yesus yang masih wujud pada hari ini!

Ada sesiapakah yang serius percaya cerita sebegini? Ada. Antara sebabnya adalah cara novel ini ditulis. Dalam muka surat yang tertera perkataan huruf besar “FAKTA”, Brown mendakwa, “Semua huraian mengenai kerja seni, seni bina, dokumen dan upacara rahsia dalam novel ini adalah tepat”. Pembaca biasa yang tiada pengetahuan khusus dalam bidang ini mungkin menganggap pernyataan ini benar. Tetapi sebaliknya ramai cendekiawan telah mendokumenkan pelbagai ketidaktepatan dalam dakwaan itu.

Brown juga ada caranya bagi mejadikan teori novel berkenaan Yesus dan gereja awal seakan-akan boleh dipercayai. Teori ini disokong oleh watak-watak terpelajar dalam novel, contohnya, sejarahwan diraja British, Leigh Teabing dan profesor Harvard, Robert Langdon. Kata-kata dari mulut watak-watak ini memberi tanggapan umum bahawa teori-teori mereka ini betul.

Benarkah tanggapan sebegini?

Dalam artikel ini, ulasan saya bertumpu kepada dakwaan novel terhadap Yesus, AlKitab serta sejarah gereja awal yang sememangnya tidak benar. Saya juga akan mengulas bagaimana artikel ini boleh juga dijgunakan dalam penginjilan.

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?