Novel Dan Brown, The Da Vinci Code telah mendapat sambutan hangat dari pembacanya. Sebanyak 40 juta cetakannya telah dijual serata dunia. Ron Howard dan Sony Pictures juga akan membawa cerita ini ke panggung wayang pada Mei 18, 2006. Apakah yang kecoh sangat dengan novel ini?
Cerita dalam novel ini bermula dengan pembunuhan seorang pemelihara seni di muzium Louvre. Mangsa jenayah ini bukan sahaja berminat dengan seni tetapi juga mengetuai sebuah pertubuhan rahsia yang dipanggil the Priory of Sion. Pertubuhan ini mengawal rahsia, yang jika terbongkar, akan mencelakan iman Kristian alkitabiah.
Sebelum kematiannya, dia telah cuba memberikan rahsia ini kepada cucu perempuannya, Sophie, seorang kriptografi dan profesor Harvard, Robert Langdon dengan meninggalkan pelbagai petunjuk dengan harapan mereka dapat menemui kebenaran.
Apakah rahsia besar ini? Jawapannya: Lokasi dan identiti Holy Grail.
Tetapi dalam novel Brown, Holy Grail ini bukanlah cawan yang digunakan oleh Kristus sewaktu jamuan terakhirNya. Ia adalah Maria Magdalena, isteri Yesus Kristus, yang menyambungkan zuriat Kristus dengan melahirkan anak! Pertubuhan Priory of Sion mengawal rahsia lokasi makam Maria dan juga berkhidmat melindungi keturunan Yesus yang masih wujud pada hari ini!
Ada sesiapakah yang serius percaya cerita sebegini? Ada. Antara sebabnya adalah cara novel ini ditulis. Dalam muka surat yang tertera perkataan huruf besar “FAKTA”, Brown mendakwa, “Semua huraian mengenai kerja seni, seni bina, dokumen dan upacara rahsia dalam novel ini adalah tepat”. Pembaca biasa yang tiada pengetahuan khusus dalam bidang ini mungkin menganggap pernyataan ini benar. Tetapi sebaliknya ramai cendekiawan telah mendokumenkan pelbagai ketidaktepatan dalam dakwaan itu.
Brown juga ada caranya bagi mejadikan teori novel berkenaan Yesus dan gereja awal seakan-akan boleh dipercayai. Teori ini disokong oleh watak-watak terpelajar dalam novel, contohnya, sejarahwan diraja British, Leigh Teabing dan profesor Harvard, Robert Langdon. Kata-kata dari mulut watak-watak ini memberi tanggapan umum bahawa teori-teori mereka ini betul.
Siri 'blog' Agora ini bertujuan mengukuhkan iman dan melengkapi umat Kristian supaya bersaksi kepada mereka yang melihat filem atau membaca novel tersebut. Saya berharap artikel Probe yang diterjemahkan oleh sahabat Hawariyun di sini dapat menggalakkan anda untuk menyampaikan kebenaran kepada kawan anda serta ahli keluarga yang akan menonton dan membaca buku tersebut.
Pengenalan Kepada Novel/Filem The Da Vinci Code
Pernahkah Constantine mengubahsuai Al-kitab?
Adakah Kitab Injil Sumber Sejarah Yang Sahih?
Apakah Itu Dokumen-Dokumen Nag Hammadi?
Bagaimana Kanon Perjanjian Baru Dibentuk?
Siapakah Maria dari Magdalena?
Siapakah Maria Yang Sebenar?
Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 1)
Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)
Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?
Kalau anda tahu sesiapa yang tertanya-tanya perihal isu-isu di atas, sila berkongsi maklumat ini dengan mereka! :)













