Menurut Injil Yudas yang baru diterbitkan, Yesus telah bersubahat dengan pengikut yang membelotnya. Haruskah kita mempercayai Injil Yudas?
Oleh Collin Hansen : 6 April 2006 4.30 petang
Diterjemahkan Oleh "10Sen"
Terjemahan artikel Christianity Today
Injil Yudas itu muncul kembali ke dunia moden buat kali pertamanya pada hari Khamis di Washington D.C. Apakah kandungan Injil Yudas itu? Pertama sekali, ianya jelas bukan sebuah Injil. Ia juga bukan dikarang oleh Yudas. Tetapi ia memang penting, malah ia merupakan penemuan teks luar-alkitabiah yang terpenting dalam 60 tahun yang belakang ini, sepertimana seorang eksekutif National Geographic Society telah memberitahu The New York Times
Teks ini, iaitu satu salinan dokumen yang tertulis semasa kurun kedua selepas Masihi, menampakkan beberapa berita yang besar. Rupa-rupanya, Yudas bukanlah pengikut jahat yang mengkhianati Yesus dan telah membunuh diri kerana kesal. Tidak, Yudas ini hanya menurut kehendak Yesus. Kononnya, Yesus telah menerangkan kepada Yudas bahawa dia akan “melebihi semua [pengikut-pengikut Yesus]” sekiranya dia menyebabkan Yesus disalib.
Ini tentu akan mengubah beberapa perkara, sekiranya benar. Tetapi “berita” ini bukanlah sebab Injil Yudas itu bernilai. Sebaliknya, kerana teks ini, kita dapat mengesahkan dengan lanjut apa yang telahpun diketahui umum mengenai kaum Gnostik – orang yang mempunyai kefahaman menyeleweng yang dikutuk oleh ketua-ketua gereja awal seperti Irenaeus. Jangan keliru dengan kemunculan nama Yesus dan Yudas. Ini bukan teks Kristian. Injil Yudas tidak tersebar sehingga 150 tahun selepas Yesus mangkat. Dalam erti kata lain: Teks baru ini tidak memberi maklumat baru mengenai hubungan Yesus dengan Yudas lebih daripada wayang “Jesus Christ Superstar”.
Sehingga penerbitan Injil Yudas dan teks kaum Gnostik yang ditemui beberapa dekad dulu berhampiran Nag Hammadi di Mesir, kita banyak mempelajari mengenai fahaman Gnostik melalui penulisan apologis Kristian. Kerana Injil Yudas, kita sekarang dapat menentusahkan dua ajaran Gnostik yang utama. Menurut ramai tokoh ajaran Gnostik, Yesus tidak menjelma dalam tubuh manusia, atau dia mahu meninggalkan tubuh jasmaniahnya secepat mungkin. Yesus amat mahu kembali ke dunia roh. Dan Yudas telah menolong dalam pencapaian hasrat itu.
(“Engkau akan mengorbankan manusia yang menjadi jubah aku”, Yesus yang “rohaniah” memberitahu Yudas di dalam dokumen ini). Tambahan, kaum Gnostik percaya bahawa hanya segelintir yang terpilih sahaja yang akan benar-benar menghayati pengetahuan khas mengenai syurga. Injil Yudas mengandungi ajaran bahawa hanya Yudas, pengikut kesayangan Yesus, memahami sepenuhnya.
Kepercayaan Kristian jauh berbeza dengan ajaran Gnostik. Yesus, sebenarnya Tuhan dan sebenarnya manusia, telah mengalami kelahiran di bangsal dan kematian pada salib. Dia telah berkongsi dalam kemanusiaan kita, “supaya dengan kematiannya, ia dapat menghancurkan Iblis yang menguasai kematian” (Ibrani 2:24). Khabar ini bukan terbatas kepada segolongan kecil yang akan mencapai gnosis (pengetahuan khas) sahaja. Injil itu adalah “… kekuatan Allah untuk menyelamatkan semua orang yang percaya; pertamanya orang Yahudi, dan bangsa lain juga.” (Rom 1:16)
Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa Injil Yudas dan teks-teks Gnostik yang lain membawa kesangsian terhadap kefahaman Kristian ortodoks. “Apabila penemuan-penemuan ini beransur-ansur tersebar ke gereja-gereja dan universiti-universiti,” pemberita New York Times John Noble Wilford dan Laurie Goodstein menulis, “terbentuklah generasi Kristian baru yang menganggap kitab Bible bukan Firman Tuhan, tetapi adalah hasil ciptaan angkatan kuasa politik dan sejarah yang telah memutuskan apakah teks yang sepatutnya dikanonkan, [1] dan mana yang patut disunting keluar. Kerana sebab ini, penemuan-penemuan tersebut telah terbukti amat merisaukan kepada ramai penganut Kristian.”
Siapakah penganut-penganut agama Kristian yang amat risau itu? Kita kurang pasti kerana nampaknya, Wilford dan Goodstein tidak menemubual seseorang daripada mereka pun. Karen King dan Elaine Pagels membangkitkan kembali lakonan Gnostik mereka. Kita juga bertemu dengan James Robinson, seorang cendekiawan tersisih yang telah mengarang sebuah buku tentang Injil Yudas tanpa melihat sendiri teks tersebut. Namun, Akhbar New York Times tidak menyebut bahawa Robinson percaya Injil Yudas itu tidak memberi maklumat apa-apa pun mengenai sejarah Yudas atau Yesus.
Saya telah berbincang dengan Darrell Bock daripada Dallas Theological Seminary beberapa jam sebelum beliau dijadualkan untuk bersyarah di Princeton, iaitu majikan Pagels. Dia menerangkan beberapa kepelikan mengenai kumpulan yang telah memberi kita Injil Yudas itu. Nampaknya, kumpulan “Cainite Gnostics” memperoleh nama julukan mereka daripada usaha mereka cuba ‘memulihkan’ orang yang aib dalam kitab Bible seperti Kain, orang Sodom dan Yudas.
Bock juga menunjukkan bahawa Al-kitab (kitab Bible) memang mengandungi pelbagai perspektif yang menarik berkenaan Yudas. Markus menggambarkan Yudas sebagai seorang yang terhuyung-hayang, sama seperti pengikut-pengikut Yesus yang menyalahfahami ajarannya. Yohanes yang menulis selepas Markus, menerangkan Yudas dengan cara lain. Yudas mengeksploitasikan kedudukannya sebagai bendahari untuk mencuri dari laci duit, dan Yesus memanggilnya “syaitan”. (Yohanes 6:70)
Menurut Bock, ajaran kitab Bible menunjukkan bahawa Yudas telah mengharapkan Al-Masih yang berlainan. Dengan perasaan yang hampa, dia telah menyerahkan Yesus yang dianggapnya sebagai ancaman kepada negara Yahudi. “Yudas mencerminkan seseorang yang telah menolak Yesus pada akhirnya,” kata Bock. “Ia adalah satu kisah yang tragik – bukannya sesuatu yang dikutuk semata-mata, tetapi kita harus berasa kesal dan sedih mengenainya.”
Ianya lebih tragik dan sedih daripada perolahan semula pendebatan lama mengenai kesahihan kepercayaan Kristian yang ortodoks.
[1] "Kanon" dalam agama Kristian ialah daftar kitab rasmi yang diterima sebagai sebahagian Alkitab, dianggap ilham dari Tuhan. (Sumber: Karya.net )
Apakah Itu Injil Yudas? (Gnostik)
Yudas Yang Mana Ni? (Gnostik)
Apakah Itu Injil Thomas?
Juga di sini
Apakah Itu Injil Barnabas? (Islam)
Apakah Itu Injil Barnabas? (II)
Apakah Itu Septuaginta?
Apakah Itu Da Vinci Code?
Apakah Itu Injil Filipus?
Sunday, May 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Maklumat penting tentang "injil" barnabas:
http://www1.freewebs.com/telltheworldofhislove/injilbarnabas.htm
replica wholesale handbags luxury replica bags best replica bags online
Post a Comment