Adakah Kitab Injil Sumber Sejarah Yang Sahih?
Bagaimana pula jika ada tanggapan bahawa sumber-sumber Al-kitabiah ini tidak boleh dipercayai?
Walaupun tiada asas sejarah untuk dakwaan Constantine mengubahsuai Injil-injil Perjanjian Baru, kita kena tanya, “Adakah Injil-injil Al-kitab itu sumber yang boleh dipercayai berkenaan dengan informasi Yesus sejarah?” Menurut Teabing, sejarahwan novel fiksyen, “Hampir kesemua yang diajar oleh bapa-bapa kita mengenai Kristus adalah palsu” (235).
Adakah ini benar? Jawapan ini banyak bergantung kepada kesahihan biografi-biografi Yesus yang paling awal – Injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.
Setiap Injil ini ditulis dalam abad pertama. Walaupun secara teknikal, nama penulisnya tidak diumumkan, ada bukti kukuh dari penulis-penulis dari abad kedua seperti Papias (125 T.M) dan Irenaeus (180 T.M.) yang menghubungkan setiap Injil itu kepada pengarang tradisinya. Jika kesaksian mereka benar (dan tiada sebab untuk kita meraguinya), maka Markus, sahabat Petrus, menulis khutbah-khutbah Petrus. Dan Lukas, sahabat Paulus, yang mengkaji secara mendalam biografi yang tertera namanya. Akhirnya Matius dan Yohanes, dua daripada pengikut Yesus, menulis buku menurut kesaksian mereka. Jika ini benar, maka segala perkara yang direkodkan dalam Injil-injil secara langsung atau tidak langsung berdasarkan testimoni saksi.
Adakah pengarang-pengarang Injil berniat untuk memastikan kesahihan rekod riwayat Yesus? Adakah mereka ini berminat dengan fakta sejarah atau agenda teologi membayangi tujuan mereka dari mengisahkan segala yang benar-benar berlaku?
Craig Blomberg, seorang sarjana Perjanjian Baru membuat komen bahawa prolog Lukas (Lukas 1:1-4) “ditulis sama seperti prolog pengajian sejarah dan kerja biografi lama lain yang diterima umum”. Memandangkan genre kedua-dua Matius dan Markus sama dengan genre Lukas, maka adalah munasabah niat mereka untuk menulis sejarah yang tepat akan menyerupai tujuan Lukas juga. Akhir sekali, Yohanes memberitahu kita bahawa tujuan dia menulis Injil ini agar orang akan percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, Anak Tuhan dan kalau mempercayaiNya akan hidup dalam namaNya (20:31). Walaupun pernyataan ini melihatkan agenda teologi, Blomberg menunjukkan bahawa “jika anda ingin kepercayaan yang menyakinkan, teologi itu hendaklah mengalir dari sumber sejarah yang benar”.
Yang menariknya, sejarah dan arkeologi banyak membantu dan meyokong kesahihan pengarang Injil. Apabila penulis menyebut tentang orang, tempat dan peristiwa sejarah yang boleh disemak dengan sumber purba lain, hasil pemeriksaan itu mewajarkan keyakinan kita terhadap mereka.
Bantulah kawan anda yang bukan Kristian supaya mereka faham ada sebab-sebab munasabah untuk mempercayai kisah riwayat Yesus yang diberitakan dalam Injil-injil Perjanjian Baru.
Tapi, apakah yang terjadi kepada buku-buku yang tidak dapat didaftar masuk dalam senarai Perjanjian Baru? Secara spesifik, bagaimana sekiranya kawan anda bertanyakan mengenai dokumen-dokumen Nag Hammadi?
Teruskan Siasatan Anda Di Sini
Artikel Lain Yang Berkaitan:
Apakah Itu Da Vinci Code?
Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?
Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?
Apakah itu 'injil' Gnostik?
Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?
Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?
Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?
Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)
Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)
Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
"Bantulah kawan anda yang bukan Kristian supaya mereka faham ada sebab-sebab munasabah untuk mempercayai kisah riwayat Yesus yang diberitakan dalam Injil-injil Perjanjian Baru."
Kenapa "yang bukan kristian"? yang kristian saja masih banyak yang tidak mengerti, sebarkanlah pemahaman tentang konsep ketuhanan dan riwayat2 gereja dengan bukti yang akurat dan masuk akal ke umat kristiani dulu, setelah itu baru sebarkan ke "yang bukan kristiani".
Memang betul cakap saudara... Umat Kristian sendiri yang tidak berbekalkan pengertian yang mencukupi jadi senang ditakuti oleh tuduhan yang melulu seperti ini... Tolong hantarkan maklumat ni kpd yg memerlukan
Pendek kata orang yang bukan kristian dan orang yang dah jadi kristian dan orang yang belum jadi kristian pun masih memerlukan maklumat ini.Saya juga masih memerlukan maklumat ini tapi agak lembab sedikit kerana bukannya seorang yang pintar untuk memahami semuanya.Semoga Roh Kudus Allah yang diutus sebagai penolong akan membantu saya memahami dengan lebih jelas mengenai maklumat ini.Amin !!
Tp apa yang diketahui wahai saudara ku..terdapat bnyak versi-versi bible yang diterbitkan seperti bible versi king james.dan ia terdapat perbezaan antara new amarican bible..kenapa gereja senang2 mengubah dan menokok tambah bible kita..adakah bible kita tedapat banyak kesalahan sehingga perlu diversikan dan ditokok tambah?kalau terdapapat banyak kesalahan manusia harus menanggung dosa kerana mengubah bible yg diinspirasikan oleh holy spirit...
Samalah macam Koran juga, ada terjemahan versi-versi berbeza. Misalnya dalam bahasa inggeris, ada versi dari Rashad Khalifa, Abdullah Yusufali, Mirzal Abu'l Fadl, Muhammad Marmaduke William Pickthall, dan lain lain. Berdosa kah mereka? kenapa ulamak ulamak ini senang2 mengubah dan menokok tambah koran kita? :) Bukan itu saje, dalam bahasa Arab pun versinya berbeza... cuba klik nama saya di atas.
Dalam Bible, versi berbeza kerana bahasa inggeris itu sendiri berubah maka perlulah kita mengemaskinikan terjemahan supaya erti Injil itu dapat difahami dengan jelas. Takkanlah kita baca koran dalam bahasa di zaman parameswara... bahasa melayu itu sendiri berubah jadi teks pun memerlukan terjemahan baru.
Post a Comment