Thursday, May 25, 2006

Injil Yudas....Yudas yang mana ni?

Shalom kengkawan semua,


Dewasa ini banyak injil gnostik yang muncul baik di kedai-kedai buku mahupun di media. Dan Yesuslah yang asyik kena pelbagai lemparan palsu Walau bagaimanapun kebenaran dan kemuliaan Yesus masih tetap bersinar dan akan mematahkan segala kepalsuan.

Dan kali ini pula Injil Yudas. Hai Yudas mana pula ni? Apakah sebenarnya kandungan injil-injil gnostik ini? Apakah ajaran gnostik ini? Kenapakah injil-injil gnostik ini tidak dapat dikanonkan (disenarai daftar masuk) ke dalam Perjanjian Baru? Di bawah ini saya sertakan hiperpautan berkenaan dengan Injil Yudas. Sila klik.

Tuhan berkati semua!



Artikel asal ini ditulis oleh Pat Zukeran dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu

Tajuk utama akhbar-akhbar di serata dunia melaporkan Injil Yudas yang hilang dijumpai semula dan diterjemahkan. Laporan injil ini memberikan kisah baru kehidupan Yesus dan perhubunganNya dengan Yudas yang digambarkan bukanlah seorang pengkhianat seperti yang digambarkan di dalam Injil-Injil Perjanjian Baru. Malah dialah seorang hero dan pengikut kanan Yesus yang paling dipercayai di mana pengkhianatan Yesus adalah atas permintaan Yesus sendiri. Injil ini juga menyatakan Yesus mendedahkah ilmu rahsia kepada Yudas yang mengarahkannya menyerahkan Yesus kepada pihak berkuasa Rum. Daripada menggambarkan ketamakan Yudas dan dihasut syaitan, Yudas setia menuruti arahan Yesus. Adakah Injil Yudas ini mendedahkan suatu cerita baru Yesus? Adakah umat Kristian patut bimbang akan sejarah dan persepsi baru ini?

Injil Yudas dijumpai pada tahun 1978 oleh seorang petani di sebuah gua berdekatan El Minya di Mesir tengah. Para cendikiawan mentarikhkan penulisan teks qibli (Coptic text) ini di antara 300 T.M. dan 400 T.M. Kebanyakkan cendikiawan percaya teks asal ini ditulis dalam bahasa Yunani dan manuskrip asalnya ditulis di pertengahan abad kedua.

Walaupun penulisnya tidak diketahui, sudah pasti dia bukan Yudas atau pengikut Yesus yang mengarangnya. Ia adalah ajaran Gnostik yang mula berkembang pada zaman itu. Irenaeus adalah yang terawal membidas ajaran Gnostik kerana penyelewengannya dalam penulisan beliau pada 180 TM.
Injil Yudas ini adalah sama dengan bahan-bahan risalah Gnostik yang dijumpai di sepanjang Nil termasuklah set Nag Hammadi yang mengandungi 45 teks Gnostik iaitu Injil Maria, Injil Petrus dan teks-teks lain.


Apakah ajaran Gnostik ini?
Ajaran Gnostik berkembang dari abad kedua hinggalah abad keempat. Apakah ajarannya? Ayat Gnostik berasal dari bahasa Yunani iaitu ayat gnosis ialah ilmu yang merujuk kepada mistik atau ilmu rahsia dari Tuhan dan penyatuan diri sendiri dengan Tuhan. Berikut adalah ringkasan falsafah Gnostik.

Pertama, Gnostik mengajar ilmu rahsia dualisme iaitu kebendaan duniawi adalah jahat dan alam rohani adalah suci. Kedua, Tuhan tidak mendekati manusia tetapi manusialah mendekati Tuhan, yang pada dasarnya bersifat ketuhanan. Tuhan adalah ruh dan cahaya dalam setiap individu. Bila seseorang itu mengenali dirinya, dia akan memahami kesemuanya. Ketiga, masalah asas dalam ajaran Gnostik bukanlah dosa tetapi kejahilan. Cara untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan ialah mencapai ilmu mistikal. Keempat, keselamatan dicapai dengan memperoleh ilmu atau gnosis diri dan alam semulajadi yang sebenarnya. Kelima, matlamat ajaran Gnostik ialah penyatuan dengan Tuhan. Ini dicapai dengan membebaskan diri dari tubuh yang tidak suci ini supaya perjalanan jiwa individu melalui angkasa mengelakkan diri dari setan-setan dan menyatukan dirinya dengan Tuhan


Gnostik mengajar Yesus tidak berbeza dari para pengikutNya. Mereka yang memperoleh persepsi Gnostik akan menjadi Kristus seperti Yesus. Profesor agama dari Universiti Princeton, Dr. Elaine Pagels menulis, ‘Sesiapa yang mencapai gnosis bukan lagi seorang Kristian tetapi Kristus”. Dengan ini, Yesus bukanlah Anak Tuhan yang unik yang mati untuk dosa dunia tetapi seorang guru yang mendedahkan ilmu rahsia kepada pengikutnya yang layak menerimanya.

Falsafah Gnostik adalah berbeza dari ajaran-ajaran Perjanjian Lama dan Baru. AlKitab menentang ajaran Gnostik berkenaan dengan doktrin asas sifat-sifat Tuhan, Yesus, kebendaan duniawi, dosa, keselamatan dan kehidupan akhirat. Para Yahudi dan Kristian menentang ajaran Gnostik sebagai ajaran sesat begitu juga Gnostik yang menentang ajaran Kristian. Injil Yudas mengajar falsafah Gnostik. Seperti risalah Gnostik yang lain, persamaan Injil Yudas dengan Perjanjian Baru hanyalah sedikit sahaja. Injil Yudas ini bercanggah dengan Perjanjian Baru dalam 2 perkara besar:

Kandungan dalam Injil Yudas
Falsafah Gnostik bercanggah dengan Alkitabiah Kristian dan Injil Yudas menggambarkan Gnostik dan bukanlah teologi AlKitabiah. Contohnya, falsafah Gnostik yang menggambarkan misi Yesus digambarkan dalam Injil Yudas ini.

Dr. Marvin Meyer, seorang professor AlKitab dari Kolej Chapman, merumuskan misi utama Yesus berdasarkan injil ini.

“Kematian Yesus dalam Injil Yudas ini bukanlah suatu tragedi mahupun jahat untuk pengampunan dosa-dosa.. Kematian adalah jalan keluar dari kewujudan fizikal absurd yang bukanlah suatu perkara yang ditakuti. Jauh dari kesedihan, tujuan kematiaan Yesus membebaskanNya dari tubuhnya supaya Dia dapat pulang ke rumahNya di syurga dan dengan mengkhianati Yesus, Yudas membantu kawannya untuk melucutkan diri dari tubuhnya dan membebaskan diri dalamnya

Misi Yesus dalam Perjanjian Baru jelas ternyata. Dia datang untuk mati bagi penebusan dosa-dosa dunia dan menguasai kubur melalui kebangkitan tubuhNya. Bertentangan dengan Injil Yudas yang mengajar Yesus yang ingin mati untuk membebaskan diriNya dari pemenjaraan tubuhNya.

Selain itu, ajaran asas Gnostik ialah masalah manusia bukanlah dosa tetapi kejahilan. Yesus bukanlah Penyelamat tetapi hanyalah seorang guru yang mendedahkan ilmu rahsia kepada orang yang layak menerimanya. Yudaslah yang dianggap yang layak memnerima ilmu ini. Dr Meyer menulis,

“Bagi Gnostik, masalah asas bagi manusia bukanlah dosa tetapi kejahilan dan jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini bukanlah melalui iman tetapi melalui ilmu. Dalam Injil Yudas, Yesus menyampaikan kepada Yudas dan pembaca-pembaca injil ini – ilmu yang dapat menghapuskan kejahilan dan membawa kesedaran pada diri sendiri dan Tuhan”


Ajaran Gnostik juga berpandangan dunia fizikal ini jahat. Tuhan tidak mencipta dunia fizikal ini. Tetapi Dia mencipta aeon-aeon malaikat-malaikat yang kemudiannya akan mencipta, menjaga ketenteraman dan menguasai dunia fizikal ini. Oleh kerana kebendaan itu tidak suci, maka Tuhan tidak memasukki secara langsung ke dalam ciptaan fizikal ini. Dalam Injil Yudas, Yesus bertanyakan kepada pengikutnya, “Bagaimanakah anda mengenali saya” Mereka tidak menjawabnya betul. Sebaliknya Yudas menjawab, “Saya tahu siapakah kamu dan dari mana kamu datang. Engkau datang dari alam kekal Barbelo”

Barbelo dalam ajaran Gnostik ialah emanasi Tuhan pertama, yang biasanya disebut sebagai ibu dan ayah. Oleh sebab Tuhan tidak memasukki dunia yang tidak suci ini, alam perantara Barbelo dimana dunia fizikal ini dicipta tanpa mencemarkan Tuhan.

Jelasnya, Barbelo adalah istilah Gnostik dan asing dari ajaran Kristian. Yesus menyatakan dalam Yohanes 3:13 bahawa Dia datang dari syurga. Ayat Yunaninya ialah houranos. Penulis Perjanjian Baru melihat Yesus duduk si sebelah kanan BapaNya. Yesus tinggal di syurga yang kekal bersama dengan BapaNya.

Sebab-sebab Injil Yudas bukan sebahagian dari Perjanjian Baru

Ada beberapa sebab kita tidak menganggap Injil Yudas sebagai alkitabiah yang diilhamkan. Pertama, ia ditulis terlalu lewat tanpa hubungan dengan para rasul. Para Rasul Kristus diberikan ilham dan kuasa untuk menulis kitab suci. Syarat-syarat kemasukkan ke dalam kanon* Perjanjian Baru ialah ia perlu ditulis oleh rasul Kristus atau orang yang terdekatnya. Memandangkan hubungan dengan rasul diperlukan, ia seharusnya ditulis pada abad pertama. Terdapat banyak bukti keempat-empat Injil dalam Perjanjian Baru ditulis pada abad pertama. Injil Yudas ditulis pada pertengahan abad kedua maka ia terlalu lewat untuk dimasukkan ke dalam kanon.

Kedua, alkitabiah yang diilhamkan itu mestilah konsisten dengan wahyu Tuhan yang terdahulu. Tuhan adalah Tuhan yang benar dan bukan sebaliknya. Maka firmanNya tidak bercanggah dengan kebenaran. Falsafah Gnostik dalam Yudas ini tidak konsisten dengan ajaran Perjanjian Lama dan Baru.

Perjanjian Lama mengajar Tuhan mencipta dunia fizikal dan Adam serta Hawa (Kejadian 1-3). Dalam Kejadian yang mengisahkan semua ciptaan Tuhan adalah baik. Ini bercanggah dengan ajaran Gnostik, Tuhan menciptakan dunia fizikal ini dan mengisytiharkannya baik.


Ada beberapa sebab kita tidak menganggap Injil Yudas sebagai alkitabiah yang diilhamkan. Pertama, ia ditulis terlalu lewat tanpa hubungan dengan para rasul. Para Rasul Kristus diberikan ilham dan kuasa untuk menulis kitab suci. Syarat-syarat kemasukkan ke dalam kanon Perjanjian Baru ialah ia perlu ditulis oleh rasul Kristus atau orang yang terdekatnya. Memandangkan hubungan dengan rasul diperlukan, ia seharusnya ditulis pada abad pertama. Terdapat banyak bukti keempat-empat Injil dalam Perjanjian Baru ditulis pada abad pertama. Injil Yudas ditulis pada pertengahan abad kedua maka ia terlalu lewat untuk dimasukkan ke dalam kanon.

Kedua, alkitabiah yang diilhamkan itu mestilah konsisten dengan wahyu Tuhan yang terdahulu. Tuhan adalah Tuhan yang benar dan bukan sebaliknya. Maka firmanNya tidak bercanggah dengan kebenaran. Falsafah Gnostik dalam Yudas ini tidak konsisten dengan ajaran Perjanjian Lama dan Baru.

Perjanjian Lama mengajar Tuhan mencipta dunia fizikal dan Adam serta Hawa (Kejadian 1-3). Dalam Kejadian yang mengisahkan semua ciptaan Tuhan adalah baik. Ini bercanggah dengan ajaran Gnostik, Tuhan menciptakan dunia fizikal ini dan mengisytiharkannya baik.

Ajaran Gnostik juga mengajarkan Tuhan tidak mencipta dunia fizikal ini sebab bahan-bahan dunia ini tidak suci, maka Tuhan menciptakan aeon-aeon dan malaikat-malaikat. Makhluk-makhluk inilah yang menciptakan alam fizikal. Dalam Injil Yudas, Yesus mendedahkah kejadian dunia ini, kemanusiaan dan para aeon dan para malaikat. Para malaikat ini yang membawa ketenteraman pada kucar-kacir. Salah satu malaikat-malaikat, namanya Saklas yang menciptakan Adam dan Hawa. Injil ini memberitahu:

“Biarlah 12 malaikat-malaikat dijadikan untuk menguasai huru hara dan alam ghaib. Dan lihatlah dari awan datangnya malaikat yang mukanya berpancar cahaya dengan api serta penampilannya dicemari dengan darah. Namanya ialah Nebro yang bermaksud pemberontak. Saklas, malaikat yang lain itu juga datang dari awan. Nebro mencipta enam malaikat-malaikat lain begitu juga dengan Saklas untuk menjadi pembantu masing-masing. Maka terjadi 12 belas malaikat-malaikat ini dan masing-masing mempunyai bahagiannya dalam syurga.

Ia juga mengatakan,

“Saklas memberitahu malaikat-malaikatnya, “Marilah kita mencipta manusia yang menyerupai kami dan imej kami. Mereka mencipta Adam dan isterinya Hawa dalam awan yang dipanggil Zoe”

Ini amat bercanggah dengan ajaran dalam Perjanjian Lama dimana Tuhanlah yang menciptakan dunia ini. Tuhanlah juga yang mencipta Adam dari tanah dan isterinya Hawa dari Adam.

Injil Yudas juga bercanggah dengan ajaran Perjanjian Baru juga. Ia mengajar tubuh itu jahat dan Yesus ingin membebaskan diriNya dari tubuh fizikalNya. Yesus mengarahkan Yudas, “Tetapi engkau (Yudas) akan melebihi dari mereka. Engkau akan mengorbankan orang yang berpakaiankanku” Melalui kematian Yesus dengan bantuan Yudas akan membebaskan rohNya untuk bersatu dengan Tuhan.

Perjanjian Baru mengajarkan bahawa Yesus tidak pernah ingin membebaskan diriNya dari tubuhNya. Faktanya, Yesus mengajar bahawa kebangkitanNya adalah kebangkitn fizikal (Yohanes 2:19-22). Dalam Lukas 24:39, Yesus menjelaskan kepada para pengikutNya bahawa Dia mempunyai tubuh fizikalNya. “Lihatlah tangan-Ku dan lihatlah kaki-Ku. Aku sendirilah ini! Sentuhlah Aku dan lihatlah, sebab hantu tidak berdaging dan tidak bertulang, seperti yang kamu lihat ada pada-Ku." Dalam Yohanes 20 dan 21, Yesus juga mendedahkan tubuhNya yang disalibkan itu dibangkitkan. Dia juga menjemput Thomas dalam bab 20 untuk menyentuh parutNya. Jika Yesus bangkit sebagai ruh, Dia bersalah kerana menipu para pengikutNya.

Paulus mengajar dalam 1 Korintus 15 berkenaan dengan kebangkitan tubuh. Dia menerangkan bahawa Yesus bangkit dari maut dan sebanyak 500 orang saksi yang bersaksi akan fakta ini. Dia juga menerangkan kebangkitan tubuh itu ialah tubuh fizikal tetapi berlainan dengan tubuh kita di dunia ini. Semasa kebangkitan, tubuh umat Kristian akan dimuliakan. Ini jelas bercanggah dengan ajaran Gnostik yang cuba membebaskan diri dari tubuh yang tidak suci. Paulus tidak mengajar umat Kristian untuk membebaskan diri dari tubuh mereka malah menantikan kebangkitan tubuh (1 Tesalonika 4:13-18).

Kesimpulan

Sungguhpun dengan adanya gembar-gempur dari pihak media, Injil Yudas ini sama sekali tidak menjejaskan kesahihan Injil-Injil mahupun menidakkan keTuhanan Yesus. Injil ini tidak boleh dianggap sebagai kitab suci yang diilhamkan seperti buku-buku dalam Perjanjian Baru. Ia ditulis pada lewat abad kedua dan ia tidak ditulis oleh Rasul Yesus atau orang terdekat dengan rasul. Ajaran-ajarannya juga bercanggah dengan Perjanjian Lama dan Baru. Informasi yang sedikit dibentangkan itu tidak boleh dijadikan bahan bersejarah. Injil Yudas memberikan kita gambaran yang lebih kepada permulaan Gnostik. Ia tidak membentangkan fakta sejarah Yesus yang boleh menjejaskan Perjanjian Baru jua.

*istilah kanon adalah senarai daftar masuk ke dalam Perjanjian Baru yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

5 comments:

Buff said...

Why you have to tulis in BM ah? Inggris tak boleh kah?

Also, I don't understand what the whole big hoo haa about this code is about. The whole world let this one dumb (actually I must say, he's pretty smart) guy make millions out of total rubbish. We buy his rubbish, watch his rubbish. Guess who's laughing all the way to the bank.

As for me, I have yet to read the book or watch the movie and have no interest in it. No intention to do either anytime in the near future (or distant future). I haven't even watched (or read) any of the Lord of the Rings series (but I've watched Lord of the Beans...ah ha! ha! now who knows what that is?) or Harry Potter. Like to beat the norm.

The Hedonese said...

Bro... Believe it or not, I think DVC phenomenon is a great OPPORTUNITY for Christians to discover more about their faith and have 'spiritual' conversations with their friends!

We dun need to watch the film or read the book (available online FREE!) hehe.. but we should know about some of the issues raised like the reliability of Scripture, Nicene council, Jesus' divinity etc in case our friends ask....

I hope the article in Bahasa would help our bros and sis who speak BM as well as frens who speak primarily BM to understand the facts behind the fiction... lots of English resources are available so we dun wanna duplicate the effort lor...

Here are some reasons why i think there are serious issues behind the movie and why I believe ignorance may not always be bliss

http://hedonese1.blogspot.com/2005/11/why-is-da-vinci-code-popular.html

Anonymous said...

Gua sokongmu hedonese...

Gua juga percaya umat Kristian diseru mempertahankan kebenaran iman kita.

Bila kita pertahankan, kita tidak gunakan kekerasan malah kasih sayang digunakan supaya kebenaran Yesus dapat terserlah dan membawa pertaubatan.

Semoga Tuhan memberkati misi perlayanan Agora dan juga CDPC ya...

Muliakanlah nama Yesus!

PetaiSedap....

Anonymous said...

liat thread dibwah ini, bwat pengetahuan aja.
http://forum.kafegaul.com/showthread.php?t=119683

Anonymous said...

SEKILAS TENTANG INJIL YUDAS
Oleh:Pdt. Mangapul Sagala

"Injil Yudas? Injil apa lagi ini? Bikin heboh saja!" demikian keluh
seorang anggota jemaat. Di pihak lain, seorang menulis: "Injil Yudas akan
menggoncangkan Kekristenan masa kini, di mana mereka terlanjur percaya
kepada Injil tradisional".

Bagaimana sesungguhnya? Benarkah Injil Yudas bikin heboh?
Benarkah itu menggoncangkan kekristenan? Saya akan menjawab dengan
sederhana: tergantung orangnya. Bagi orang tertentu, barangkali munculnya
artikel dan buku-buku tentang Injil Yudas tersebut cukup menghebohkan dan
menggoncangkan. Bukankah hal yang sama juga telah terjadi dengan buku
ngawur, yang penuh dengan spekulasi, namun terkenal, yaitu Da Vinci Code
(DVC) itu? Kita dapat membaca dan mendengar bahwa sebagian orang telah
tergoncang imannya setelah membaca buku DVC, yang ditulis oleh Dan Brown
tsb. Tapi, banyak yang mengatakan: "Ah, tenang saja. Namanya saja fiksi.
UUD: Ujung-Ujungnya Duit, bukan? Yang penting, kita tetap berpegang kepada
apa yang telah diajarkan dan kita yakini selama ini".

Entah apa tujuannya, pada tahun ini PT Gramedia, Jakarta telah
menerbitkan buku yang berjudul "The Gospel of Judas". Jika kita amati, maka
versi bahasa Inggris juga terbit pada tahun yang sama. Jadi, sungguh
merupakan sebuah prestasi tersendiri. Injil Yudas tersebut secara tidak
sengaja ditemukan pertama kali di Mesir Tengah sekitar tahun 1978. Melalui
sejarah yang panjang, gulungan yang disebut Kodeks Tchacos berbahasa Koptik
(dengan dialek Sahidik, dialek di Mesir) tersebut beberapa kali berpindah
tangan dan akhirnya gulungan itu dimiliki oleh sebuah Yayasan yang bernama:
Maecenas Foundation. Jadi, setelah dua puluh delapan tahun kemudian, tahun
2006, baru diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris.

Sebenarnya, gulungan atau Kodeks Tchacos yang terdiri dari 33
lembar (66 halaman) tersebut terdiri dari empat bagian yang berbeda, yaitu
"Surat Petrus kepada Filipus" (halaman 1-9), "Jakobus" (10-32), "Injil
Yudas" (33-58) dan kitab "Allogenes" (59-66). Namun demikian, gulungan
tersebut menjadi 'terkenal' karena adanya Injil Yudas tersebut. Lalu mengapa
Injil Yudas tersebut dikatakan dapat "menggoncangkan kekristenan?" Karena
Injil tersebut mengandung banyak pengajaran yang berbeda dibandingkan
dengan kitab-kitab Injil yang telah dimiliki sebelumnya (Mat-Yoh). Hal ini
terutama berhubungan dengan makna kematian Yesus di kayu salib, serta siapa
Yudas sesungguhnya. Dalam ruang yang terbatas ini, kita akan menyoroti
beberapa hal saja. Pertama dan terutama adalah mengenai makna kematian
Yesus. Injil Yudas mengajarkan bahwa kematian Yesus bukanlah untuk menebus
manusia dari dosa-dosanya sebagaimana diajarkan oleh Alkitab, baik
Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, khususnya keempat Injil (Mat-Yoh).
(Bandingkan Yes.53:4-6; Mark 10:45). Kematian Yesus merupakan satu peristiwa
yang melepaskan Yesus dari wujud jasmaniNya yang telah mengungkungNya
selama ini. Selain itu, Yesus juga digambarkan sebagai pribadi yang suka
tertawa dan mentertawakan murid-murid (Yudas 44 dan 54). Kedua, sehubungan
dengan hal di atas, Yudas digambarkan sebagai pribadi yang istimewa, hebat,
memiliki penglihatan yang luar biasa dan sangat dekat dengan Tuhan Yesus.
Kedekatan Yudas kepada Yesus melebihi seluruh murid-murid lainnya. Itulah
sebabnya, jika keempat Injil menggambarkan Yudas sebagai penghianat yang
telah menyerahkan guruNya untuk disalibkan, tidak demikian dengan Injil
Yudas. Sebaliknya, di dalam Injil Yudas Yesus bersabda: "Tetapi engkau akan
lebih besar daripada mereka semua, karena engkau akan mengorbankan wujud
manusia yang meragai diriku" (Yudas 55-56). Ketiga, jika kita mengamati
pengajaran dan theologi yang terkandung di dalam Injil Yudas, maka kita akan
menemukan pengajaran berbau gnostik, di mana pengetahuan (secret knowledge)
serta hikmat (sofia) sangat ditonjolkan (Yudas 44).

Lalu bagaimana kita menyikapi munculnya kitab yang disebut
sebagai Injil Yudas tersebut? Kita tidak perlu bingung dan gelisah
seolah-olah satu kebenaran baru telah tersingkap yang akan segera
meruntuhkan apa yang telah diimani selama ini. Sebaliknya, kita harus terus
bertumbuh dalam iman dan dalam pengajaran yang benar. Dengan demikian, kita
dapat dengan tegas melawan segala pengajaran sesat yang bertentangan dengan
apa yang telah diajarkan dalam Alkitab, yang adalah KANON, atau STANDARD
kebenaran. Hal yang sama telah dilakukan oleh bapak-bapak Gereja, seperti
uskup Irenaeus dari Lyon ketika dia menulis bukunya yang berjudul "Against
Heresies" (Melawan Bidat2/Ajaran2 Sesat) yang ditulis sekitar tahun 180.
Sebenarnya, selain keempat Injil (Matius-Yohanes), pada abad kedua dan
sesudahnya, beredar juga Injil lain yang berbau gnostik. Kitab-kitab itulah
yang dilawan oleh Irenaeus; termasuk di antaranya adalah Injil Yudas, Injil
Kebenaran, Injil Philip, dll. Barangkali ada yang bertanya, jika Injil Yudas
yang berbau gnostik tersebut baru ditulis pada abad kedua, bagaimanakah
Injil tersebut ditulis oleh Yudas yang telah meninggal pada abad pertama?

Apakah Yudas yang dimaksud dalam Kodeks Tchacos tersebut di atas sebenarnya
bukan Yudas, murid Yesus yang telah menghianatiNya? Atau apakah ada orang
yang memalsukan nama Yudas tersebut? Kemungkinan itu bisa terjadi, di mana
dalam kitab-kitab bidat (ajaran sesat) dan sejenisnya, pemalsuan nama atau
penggunaan nama samaran merupakan hal yang sering terjadi sebagaimana
ditemukan dalam Injil Apokrif dan Kitab-kitab Pseudepigrapha.

Akhir kata, kenyataan tersebut di atas menunjukkan kepada kita bahwa
berbagai penyesatan yang terjadi belakangan ini bukanlah hal baru. Hal yang
sama telah terjadi jauh sebelumnya, yaitu pada era Gereja mula-mula. Dengan
demikian, kita harus semakin sungguh-sungguh memperhatikan seruan dan
peringatan Yesus: "Waspadalah supaya jangan ada orang yang menyesatkan
kamu!" (Mark.13:5). Ya, kita harus tetap waspada dan tetap berpegang teguh
kepada kebenaran (2Tim.3:14).-