Friday, May 05, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (I)

Artikel asal ini diambil dari Pelayanan Probe yang ditulis oleh MICHAEL GLEGHORN dan diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

Pengenalan kepada buku Da Vinci Code

Novel Dan Brown, The Da Vinci Code telah mendapat sambutan hangat dari pembacanya. Sebanyak 40 juta cetakannya telah dijual serata dunia. Ron Howard dan Sony Pictures juga akan membawa cerita ini ke panggung wayang pada Mei 18, 2006.

Oleh itu, demi menyambut cabaran dari novel serta filem itu, Probe bergabung dengan EvanTell, satu pelayanan latihan penginjilan, untuk menghasilkan siri DVD yang bertajuk Redeeming The Da Vinci Code. Siri ini bertujuan mengukuhkan iman dan melengkapi umat Kristian supaya bersaksi kepada mereka yang melihat filem atau membaca novel tersebut. Saya berharap artikel ini dapat menggalakkan anda untuk menyampaikan kebenaran kepada kawan anda serta ahli keluarga yang akan menonton dan membaca buku tersebut.

Apakah yang kecoh sangat dengan novel ini?

Cerita dalam novel ini bermula dengan pembunuhan seorang pemelihara seni di muzium Louvre. Mangsa jenayah ini bukan sahaja berminat dengan seni tetapi juga mengetuai sebuah pertubuhan rahsia yang dipanggil the Priory of Sion. Pertubuhan ini mengawal rahsia, yang jika terbongkar, akan mencelakan iman Kristian alkitabiah.

Sebelum kematiannya, dia telah cuba memberikan rahsia ini kepada cucu perempuannya, Sophie, seorang kriptografi dan profesor Harvard, Robert Langdon dengan meninggalkan pelbagai petunjuk dengan harapan mereka dapat menemui kebenaran.

Apakah rahsia besar ini? Jawapannya: Lokasi dan identiti Holy Grail.

Tetapi dalam novel Brown, Holy Grail ini bukanlah cawan yang digunakan oleh Kristus sewaktu jamuan terakhirNya. Ia adalah Maria Magdalena, isteri Yesus Kristus, yang menyambungkan zuriat Kristus dengan melahirkan anak! Pertubuhan Priory of Sion mengawal rahsia lokasi makam Maria dan juga berkhidmat melindungi keturunan Yesus yang masih wujud pada hari ini!

Ada sesiapakah yang serius percaya cerita sebegini? Ada. Antara sebabnya adalah cara novel ini ditulis. Dalam muka surat yang tertera perkataan huruf besar “FAKTA”, Brown mendakwa, “Semua huraian mengenai kerja seni, seni bina, dokumen dan upacara rahsia dalam novel ini adalah tepat”. Pembaca biasa yang tiada pengetahuan khusus dalam bidang ini mungkin menganggap pernyataan ini benar. Tetapi sebaliknya ramai cendekiawan telah mendokumenkan pelbagai ketidaktepatan dalam dakwaan itu.

Brown juga ada caranya bagi mejadikan teori novel berkenaan Yesus dan gereja awal seakan-akan boleh dipercayai. Teori ini disokong oleh watak-watak terpelajar dalam novel, contohnya, sejarahwan diraja British, Leigh Teabing dan profesor Harvard, Robert Langdon. Kata-kata dari mulut watak-watak ini memberi tanggapan umum bahawa teori-teori mereka ini betul.

Benarkah tanggapan sebegini?

Dalam artikel ini, ulasan saya bertumpu kepada dakwaan novel terhadap Yesus, AlKitab serta sejarah gereja awal yang sememangnya tidak benar. Saya juga akan mengulas bagaimana artikel ini boleh juga dijgunakan dalam penginjilan.

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

2 comments:

Anonymous said...

Bila saya baca filem kod Da Vinci ni,macam tiada ertilah.. Macam di buat-buat.No ending.No Mission and Vission. cerita macam tak login je , membosankan.. baik lihat filem p.Ramlee , lagi baik.Masih ada unsur jenaka dan tidak pandai mengantuk.hehe.

Josephine said...

erm..bagi saya sebagai orang kristian yang percaya Tuhan Yesus sebagai jalan kebenaran dan Hidup, isu adanya injil Yudas ini bukan la satu perkara yang perlu yang d takuti, d ikuti dan d pertikaikan @ di debat kan.. isu ini tidak menjamin kita untuk masuk ke dalam kerajaan syurga dan apa yang paling penting adalah iman percaya kita kepada Yesus Kristus sebagai TUhan dan Juruselamat kita, dan terus kekal setia untuk melayani TUhan.

Kematian Kristus menyatakan kasih serta pengorbanan-Nya bagi umat manusia dan kebangkitan-Nya menyatakan pembenaran Allah terhadap pengorbanan Kristus, pengorbanan-Nya untuk penebusan umat manusia telah diterima Allah! Kebangkitan-Nya adalah bukti bahwa Allah mengesahkan pengorbanan Kristus dan dengan demikian mengesahkan pula pengampunan dan penebusan-Nya bagi umat manusia! Itulah berita sukacita teragung dan yang didambakan seluruh umat manusia. Pengampunan dan penebusan bagi umat manusia dijamin oleh kebangkitan Kristus. Yesus Kristus adalah visa ke syurga, Dialah satu-satunya jalan menuju syurga (Yohanes 14:6)!

SElamat Melayani TUhan!!!

YESUS RAJA KEMULIAAN!!!