Sunday, June 10, 2007

Menegakkan Keadilan Dan Kebenaran

GCF icommentary:
“Aku membenci, Aku menghinakan perayaanmu dan Aku tidak senang kepada perkumpulan rayamu. Sungguh, apabila kamu mempersembahkan kepada-Ku korban-korban bakaran dan korban-korban sajianmu, Aku tidak suka, dan korban keselamatanmu berupa ternak yang tambun, Aku tidak mau pandang. Jauhkanlah dari pada-Ku keramaian nyanyian-nyanyianmu, lagu gambusmu tidak mau Aku dengar. Tetapi biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan kebenaran seperti sungai yang selalu mengalir." (Amos 5: 21 - 24)
Akhlak dalam masyarakat hari ini kian merosot. Peningkatan peristiwa jenayah ganas terhadap manusia lain sungguh menggerunkan. Kes-kes pencabulan, bunuh dan rompakan semakin lumrah meskipun liputan berita meluas dan kehilangan nyawa atau kecederaan pada mangsa jenayah cukup merisaukan kita! Tidakkah manusia masih berhati perut?

Begitu juga dengan amalan rasuah yang masih berleluasa dan nampaknya tidak reda-reda. Malah Tun Mahathir mendakwa amalan penyelewengan itu kelihatan makin diterima orang ramai, daripada kelakuan di “bawah meja” ke “atas meja”. Akan tetapi, umat Kristian di Malaysia nampaknya cepat berkembang dan bertumbuh dan jumlah ahlinya pun bertambah. Bangunan-bangunan gereja besar pesat dibina. Setiap cuti sekolah kini, tempat-tempat peranginan banyak dipenuhi oleh kem-kem gereja. Perkhemahan Kristian yang baru-baru saya sertai terpaksa “bersaing” dengan tiga gereja lain untuk kemudahan-kemudahan dalam hotel yang sama!

Namun… angka pertumbuhan ini tidak memberi kesan yang selaras dalam masyarakat umumnya. Pengaruh gereja sebagai garam dan cahaya harapan dunia seperti tidak meninggalkan apa-apa tanda yang ketara ke atas situasi semasa Malaysia. KENAPA TIDAK?

Mungkinkah kita, sebagai umat Kristian dan wakil Kerajaan Tuhan di Malaysia, terlalu asyik mengejar ‘dunia akhirat’ sehingga kita mengabaikan tanggungjawab di ‘dunia sekarang‘?

Mungkinkah kita terlalu berfikiran sempit, kurang prihatin dengan hal ehwal semasa dan hanya mengambil berat kewarakan peribadi dan tatacara keagamaan?

Contohnya, kawan saya memberitahu tentang suatu khotbah jemaah di mana paderi menekankan perlunya kita meluangkan lebih masa berkumpul dengan saudara Kristian lain, dan menjauhi kawan-kawan yang bukan Kristian supaya tidak ‘dicemari’ mereka. Saya hairan. Bagaimanakah kita dapat menyahut seruan sebagai “garam dan cahaya” dunia jika kita enggan melibatkan diri dalam isu-isu dunia dan kehidupan harian insan-insan yang memerlukan “rawatan”? Yesus tidak suruh kita mencariNya di syurga untuk diselamatkan. Beliau sendiri datang memasuki dunia kita, berjalan bersama kita serta mencurahkan nyawaNya di antara kita supaya kita dapat Firman kehidupan.

Dalam kitab Amos, Tuhan menjelaskan apa yang lebih mustahak dalam hatinya. Ia bukan irama muzik indah dan sidang jemaah kita yang semakin berkelengkapan canggih, atau pun aktiviti keagamaan Kristian (seperti lebih banyak pelekat cermin kereta, poster dinding, risalah dan lambang ibadat yang lain).Ia berkenaan keadilan dan hidup muhsin yang Tuhan kehendaki tanpa mengorbankan yang lain-lain. Dengarlah kata-kata Yesus kepada orang Farisi dalam Matius 23:23

“Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik, sebab persepuluhan dari selasih, adas manis dan jintan kamu bayar, tetapi yang terpenting dalam hukum Taurat kamu abaikan, iaitu: keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan”.

Di manakah pendirian kita, saudara Kristian? Adakah kita mencetus suatu perubahan demi Tuhan di pelosok dunia masing-masing?

Adakah Malaysia akan menjadi lebih aman sentosa kerana kehadiran kita di sini? Saya ingin memberi penghargaan kepada mereka-mereka yang berani bangkit dan bertekad untuk mengharungi api rasuah dan kezaliman, dengan rahmat Tuhan, sebagai sinaran cahaya kepada dunia dan kita yang ketinggalan. Saya menghargai warganegara Malaysia seperti Chun Wai, Seng Kok, Ron Tan, Nehemiah Lee, Denison dan ramai lagi yang berani menghadapi cabaran duniawi demi kemuliaan Tuhan.


Lai Tak Ming
Presiden
Graduate Christian Fellowship

6 comments:

Anonymous said...

saya setuju dengan kamu.ini pernah terjadi kepada saya pada beberapa tahun yang lalu.sebelum saya menerima Yesus dalam hidup saya.kita sharing sekejap yer.
pada masa itu saya baru balik dari menyaksika Battle Of The Band yang dilangsung di Kuching.

so,setelah itu,saya singgah di rumah kawan saya dimana semua family member adalah devoted Christian.pada masa itu saya berada di luar sahaja,dressing saya,seluar pendek,baju t hitam,dimana di depan bertulis Chimaira dengan logo pistol dan pisau belati,manakala belakang bertulis Rejection, Revenge,Repercussion.

so,saya pun perasan,apabila mereka melihat dressing saya macam ini,dari satu orang yagn melihat,semua ahli keluarga melihat saya.membuatkan saya merasa unease.pada masa yang sama,saya terdengar ibu kawan saya menegur kawan saya ni supaya jangan bergaul dengan saya.so,i was like 'What?'.saya pun pelik.mereka cuba menjauhkan anak mereka dari saya.bukan mereka sahaja,ramai lagi umat Christian yang berfikiran sebegitu.mengapa?
sepatut nya,sebagai Christian,sudah menjadi responsibility kita untuk approach mereka yang tidak/belum mengenali Allah.bagaimana kita hendak berkembang jika kita masih berfikiran negative?

semalam,saya terfikir balik tentang komen keluarga kawan saya ini.pada masa yang sama,saya bersyukur kerana keluarga saya tidak berfikiran sedemikian.kalau tidak,saya rasa saya masih tersesat lagi sampai sekarang.
saya sedih melihat ada dikalangan umat Christian yang terlalu asyik mengejar dunia akhirat sampai kita lupa tujuan kita hidup di dunia ini.ramai yang terlalu bimbang jika mereka terlibat dengan what was offered by the world,they would be lost like others.no.we should involved in what was offered by the world,but at the same time,know our limitation.

remember,seperti sesuatu masakan,we are the salt of the earth.Christians should stand up and be what we are.the role model to the others.jangan lah kerana kenalan kita pelik sedikit,kita jauhkan diri dari mereka.
di Malaysia,bangunan bangunan gereja besar begitu gah dibina.adakah anda perasan bahawa architecture gereja adalah yang paling menyerlah berbanding dengan bangunan ibadat yang lain.begitu juga kita,harus lah menyerlah berbanding yang lain kerana kita adalah satu satu nya yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Allah Bapa.

tinggalkan perasaan negative.tidak guna jika mempunyai gereja yang gah dan jemaat yang ramai tetapi kita tidak bergaul dengan dunia luar.saya bukannya menghasut kamu semua supaya exposed kan diri kepada dunia luar tetapi,menjadi responsibility kita untuk membuka mata meraka yang belum menerima Kristus dalam diri mereka.jika kita hanya bergaul sesama sendiri,adakah kita akan menjadi kuat?nope.kerana kemampuan iman kita terbatas.kita tidak di cabar dengan dunia sebenar.disebab kan ini,dunia luar menganggap kita sebagai weak sheep.bayangkan jika para rasul rasul yang dulu nya berfikiran seperti kebanyakkan 'Christians',adakah possible untuk Christians berkembang sehingga mencapai angka 2.2 billion pada masa sekarang?

rasul Paulus,tidak memilih sesiapa untuk menerima ajaran Kristus.dia menjadi rasul yang pertama yang menjangkau gap di antara orang yahudi dengan orang bukan yahudi dalam penyebaran Berita Baik ini.dan,sekarang,sudah tiba masa nya untuk kita menjangkau gap di antara Christian and non Christian.sekian terima kasih

Anonymous said...

Setiap manusia ni punya pola pikiran dan penilaian yang berbeda. Kalu cara berfikir seorang hamba Tuhan tuh berbeda, cara seorang anak berfikir juga berbeda, cara fikir guru-guru juga beda. Kalu cara berfikir ibubapa yang lihat anaknya gaul sama teman-teman yang punya penampilan aneh2 juga beda. maksudku mereka risau anak mereka lah yg 'dipengaruhi' dan bukannya 'mempengaruhi'.. Jadi kita tak boleh salahkan juga ibubapa yg halang anak2 mereka gaul dengan tipe2 org tertentu yg mereka seakan tidak mereka sukai... itu hak mereka, kerana itu juga tanggungjawab mereka. Kalu anaknya jalan salah, mereka sebagai ibubapa juga yang merana... kerisauan ibubapa la katakan.. Tapi saya rasa, ada juga parents dan keluarga yang matang rohani dan cara berfikir mereka juga beda. yang mau turun bersahabat dengan sesiapa sahaja, miskin? hina? jelek? tapi rasanya tidak ramai yang berfikir sedemikian...tapi saya yakin ada!...

Bagi pendapat peribadi sy, disebalik apapun penampilan mereka.. tetap ada 2 hal ini iaitu
1) baik dan
2) jahat

Mereka yang kelihatan baik tidak 100% baik dan mereka yang buruk/ jahat tidak juga 100% jahat. Cuma pembawaan diri masing-masing membuat masyarakat membuat kesimpulan penilaian yang tersendiri.

Tapi itu semua (penampilan) masih tetap bukan ukuran seseorang masuk sorga. Cuma untuk menggarami dunia ini (as u all said) kita mesti muncul sebagai bahan perasanya, Amin? ... Yang bisa muncul sebagai bahan perasanya itu la yang akan membawa lebih banyak buah-buah ke surga nanti....Cuma kalo hal ke-2 nya iaitu sikap yg jahat (dosa) tidak diurus and diberes-beresin.. nah itu yang bisa heret ke jurang maut kekal. so, u can choose, pilih jadi Christian yang fine2 aja or Christian life yang radikal yang bisa menjangkau orang orang lain lewat perbuatan/ playananmu? ... Sebab mereka yang bekerja pasti mendapat upahnya kan.. yah, disurga nanti pasti ada upahnya.. Amen..Amen...

Jadi perjalanan hidup kita adalah bergumul meninggalkan dosa satu persatu dan sambil kita berusaha mengejar kebenaran dan meninggalkan kepura-puraan, kita harus capai tangan2 orang disekitar kita untuk sama ikut kita maju...yuk maju trus... Inilah tipe Christian yang radikal

kita bukan milik dunia ini.. Biarlah roh kita ini kembali ketempat dimana kita seharusnya berada.. sekalipun kau jatuh beribu-ribu kali, selagi ada kesempatan, masih ada berjuta-juta peluang untuk bertobat.

Just a Simple me, stay bless ...

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

mintak maaf kerana beralih topik ya...

kenapa chun wai dijadikan contoh?

pernah saya membaca artikel chun wai, ...pada pendapat saya, setengah setengah tulisan chun wai tidaklah ikhlas...

artikel yang saya maksudkan itu adalah kommentarinya sejurus sebelum pilihanraya Ijok...

saya begitu kecewa dengan tulisan dia yang berbau propaganda....

ok..hanyalah pandangan peribadi saya...ok?

Anonymous said...

Propaganda itu ada di sebelah pembangkang maupun kerajaan... dan kita perlu orang yang tulus dan ikhlas di kedua-dua belah :)

Ada antara kita membuat perubahan di dalam sistem, ada yang di luar sistem... macam Lyndon Johnson dulu, dia setuju dengan Martin luther king tapi tak boleh support sama dia terbuka jadi dia memberi ruang bagi King memberi ucapan I have a dream itu...

Dia membuat perubahan dari dalam selimut la tu :D

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

jadi, maksud baldi, apa yang diperkatakan oleh chun wai itu patut dan benar?

sila baca segala komentarinya and cuba jelaskan apakah perubahan yang hendak dicapai chun wai.

bagi saya, kita janganlah menyokong seseorang itu hanya kerana mereka itu orang seagama kita. Apa pandangan baldi tentang Francis Yeoh dari YTL?

Anonymous said...

Siapa Francis Yeoh? kawan Pak lah?

bukan gitu, kaki ayam... bukan semua cakap chun wai itu patut/benar serupa dengan cakap kit siang dan anwar, ada yang bull-shit jugak. tapi tak bererti mereka ni orang jahat... semua orang buat silap.

bagi pandangan peribadi saya, dia cuba buat perubahan untuk negara muhibbah dan bebas dari sistem BN sendiri... seperti Lyndon Johnson dulu, dia setuju dengan Martin luther king tapi tak boleh support sama dia terbuka jadi dia memberi ruang bagi King memberi ucapan "I have a dream" itu... ataupun pengikut Raja Ahab yang jahat itu, meyembunyikan rakan-rakan nabi Elijah dalam gua bukan? Atau nabi daniel berkhidmat dalam sistem babylon yang terkutuk itu?

Kita tdk harus support seseorang kerana dia seagama semata-mata, tapi kita perlu support mereka yang cuba membuat perubahan dari sebelah kerajaan jugak. Bukan semua orang Kristian pembangkang