Friday, June 01, 2007

Dua Jalan Ketaatan

Jalan Penurunan Mobiliti

Henri Nouwenlah yang mengajar saya frasa “penurunan mobility”. Kehidupannya menggambarkan pemikiran ini. Seorang professor teologi yang terkenal pada tahap tertinggi karier akademiknya di sebuah universiti terulung Ivy League di Amerika Syarikat, Nouwen memilih untuk menaati panggilan Tuhan untuk meninggalkan segala kemasyhuran, kekayaan, kuasa dan pengaruh untuk melayan Tuhan sebagai seorang paderi kepada komuniti orang-orang cacat akal, seumur hidupnya. Tuhan telah memanggilnya bukan ke arah peningkatan mobility, tetapi seperti Kristus, untuk menurunkan dirinya di mata masyarakat supaya dirinya boleh mendekati Tuhan.
Sesetengah daripada kita akan dipanggil untuk mengikuti jalan ini menurun tangga mobiliti. Ini akan membawa kita jauh daripada kemasyhuran dan kedudukan berprofail tinggi, kepada ceruk dunia di mana rencana Tuhan tetap penting. Ini adalah penurunan dasyat kepada “key performance indicators (KPIs)” yang digunakan oleh masyarakat untuk mengukur kejayaan. Orang lain walaupun memuji komitmen kita, akan mengeluh di belakang kita “alangkah bazirnya bakat ini”.

Inilah jalan yang diikuti Yohanes Pembaptis, nabi-nabi Perjanjian Lama seperti Yeremia dan Yesaya, dan kebanyakan rasul-rasul seperti Paulus dan Petrus. Inilah jalan yang diikuti para-para missionari, pekerja sosial dan pelayan Kristian. Ini adalah panggilan untuk kita untuk membebaskan diri kita daripada kekayaan dan kedudukan. Ini bukan jalan yang diberikan kepada mereka yang “gagal” untuk menaiki tangga mobility, bukanlah hadiah saguhati kepada mereka yang kekurangan bakat untuk berjaya dalam profession mereka. Sesetengah akan dipanggil ke jalan ini hanya kerana inilah kehendak Tuhan dan sebahagian daripada rencana Tuhan.

Teruskan bacaan anda di sini!
Karya Dr Goh Chee Leong
Terjemahan Keropok Lekor

3 comments:

Anonymous said...

wow....wat a nice article u put in bro....thanks for it.... ur article makes me think wat is God want me to heading of.... Christ bless u....

-----------------------------------" Aku telah menetapkan engkau menjadi terang bagi bangsa-bangsa....."

kisah para rasul 13: 47-48

Anonymous said...

hmmhh.. no one will realize dis till he read dis article... good job bro... God bless....


No JESUS,No Peace
Know JESUS,Know Peace

Anonymous said...

Shalom...

Terimakasih bro hedonese buat renungan nya.
Sangat memebrkati sekali.

JBU