Dalam surat yang singkat, Yudas (Jude) mengajar kita sedikit sebanyak tentang pentingnya menimba ikhtibar daripada sejarah. Ini bukan isi utama surat tersebut. Akan tetapi, beberapa pemerhatian yang seterusnya agak luar biasa:

Penilaian yang dahsyat ini bukanlah ditujukan kepada orang-orang di luar gereja, tetapi kepada orang telah menyelusup tanpa disedari. Yudas mahu umat mengecam mereka supaya gereja tidak ditipu dan dihancurkan oleh ajaran sesat dan perbuatan tidak bermoral mereka.
Salah satu strategi Yudas adalah dengan membandingkan mereka dengan watak dan peristiwa lain dalam sejarah. Contohnya, dia berkata bahawa “Sodom dan Gomorrah… yang dengan cara yang sama melakukan percabulan dan mengejar kepuasan-kepuasan yang tak wajar, telah menanggung siksaan api kekal sebagai peringatan kepada semua orang.” (ayat 7).
Jadi Yudas membandingkan pengajar-pengajar sesat tersebut dengan Sodom and Gomora. Tujuan beliau menjadikan Sodom dan Gomora sebagai “peringatan” kepada apa yang bakal menimpa mereka. Dalam minda Yudas, mengetahui sejarah Sodom dan Gomora itu penting bagi mengecam ajaran sesat dan melindungi umat daripadanya.
Seperti ayat 11, Yudas memberikan 3 rujukan lain kepada peristiwa lampau sebagai perbandingan dengan apa yang sedang berlaku di kalangan orang Kristian. Beliau berkata “Celakalah mereka, kerana mereka mengikuti jejak Kain dan kerana mereka, oleh sebab upah, menceburkan diri ke dalam kesesatan Balaam, dan mereka binasa kerana kederhakaan seperti Korah.”
Menarik sekali. Kenapa Yudas melihat kembali tiga insiden sejarah yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu – Kejadian 19 (Sodom), Kejadian 3 (Kain), Bilangan 22-24 (Balaam), Bilangan 16 (Korah)? Apakah tujuan Yudas?
Berikut adalah tiga sebabnya:
1) Yudas menganggap bahawa pembaca sudah mengetahui kisah-kisah sejarah tersebut! Adakah ini tidak menakjubkan? Zaman Yudas adalah abad pertama! Tiada buku-buku cetakan. Tiada Al-Kitab. Tiada kaset atau video. Hanya hafalan dan cerita yang diwarisi. Dan Yudas menganggap mereka akan jelas tentang “jejak Kain”, “kesesatan Balaam” dan “kederhakaan Korah”? Tahukah anda tentang kisah tersebut? Bukankah ini menarik? Ini menyebabkan saya merasakan bahawa tahap pengetahuan Al-Kitab dalam gereja kita hari ini adalah terlalu rendah.

3) Tidakkah ianya jelas bahawa Tuhan menentukan arus sejarah dan pastikan ianya direkodkan supaya kita memperoleh ikhtibar dan lebih bijaksana dan berpengetahuan dalam menangani situasi semasa demi Kristus dan gereja-Nya? Janganlah berhenti belajar sejarah. Tambahlah ilmu pengetahuan setiap hari. Dan berilah anak-anak kita salah satu perlindungan bagi cabaran masa depan, iaitu, pengajaran kisah-kisah lampau.
Belajar dengan anda, demi Kristus dan kerajaan-Nya
John Piper
No comments:
Post a Comment