Sunday, May 07, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (VIII)

Pernahkah Yesus Berkahwin (Bahagian 1)

Tidak dinafikan, bukti teks paling kukuh mengatakan Yesus pernah berkahwin didapati dari Injiil Filipus. Tidak hairanlah jika Leigh Teabing merujuk kepada teks ini. Bahagian teks Injil Filipus ini dipetik dari novel yang berbunyi :

Teman Penyelamat ialah Maria Magdalena. Kristus mengasihinya lebih dari semua pengikutnya dan juga lazim mencium pada mulutnya. Pengikut-pengikutnya yang lain tersinggung dan melahirkan rasa tidak setuju mereka. Mereka berkata kepadanya, “Kenapakah anda mengasihinya lebih dari kita?”

Sekarang, perhatikan pada baris pertama yang merujuk Maria sebagai teman Penyelamat. Teabing membuat ulasan dalam novel itu bahawa Yesus dan Maria berkahwin dengan mengatakan, “Mana-mana cendekiawan bahasa Aramaic akan memberitahu kamu bahawa maksud 'teman' itu, pada zaman itu, secara harfiah ialah suami isteri”. Ulasan ini mungkin menyakinkan tetapi benarkah Yesus pernah berkahwin?

Semasa berbicara isu-isu ini dengan kawan yang tidak seiman, kita harus menyiasat dengan berhati-hati. Injil Filipus ditulis pada asalnya dalam bahasa Yunani. Oleh itu maksud “teman” dalam bahasa Aramaic itu tidak berkaitan. Malah dalam terjemahan bahasa Qibti yang dijumpai di Nag Hammadi, pinjaman ayat Yunani (koinonos) sebenarnya dari istilah yang diterjemahkan “sahabat”.

Darrell Bock menegaskan bahawa ia bukanlah istilah biasa untuk isteri. Sememangnya, istilah koinonos sering sekali digunakan dalam Perjanjian Baru untuk merujuk kepada seorang “rakan”. Lukas menggunakan istilah ini untuk menggambarkan hubungan Yakobus dan Yohanes sebagai rakan kongsi seperjuangan Petrus (Lukas 5:10). Bercanggahan dengan hujah Teabing, hakikat bahawa Maria adalah sahabat Yesus bukannya bukti yang Maria adalah isteri Yesus.

Bagaimana pula dengan perkataan berikut : “Kristus mengasihinya … dan lazim mencium pada mulutnya”?

Pertama, bahagian manuskrip di ini sebenarnya sudah rosak. Kita tidak tahu bahagian mana Kristus kononnya cium Maria. Terdapat lubang pada bahagian manuskrip tersebut. Ada yang percaya “Maria dicium pada pipinya atau dahinya kerana ia juga memenuhi maksudnya”.

Kedua, walaupun dalam teks ini mengatakan Kristus mencium Mara di mulutnya, ia tidak melibatkan seks. Kebanyakan cendekiawan bersetuju teks Gnostik mengandungi simbol-simbol. Jadi, bacaan harfiah (literal) semata-mata adalah tafsiran yang salah.

Akhir sekali, tidak kira apa pun niat penulis, Injil Filipus tidak wujud sehingga lebih dua ratus tahun selepas zaman Yesus, yakni di penghujung abad ketiga.
Jadi, dengan jurang masa yang begitu ketara, sudah pasti dakwaan bahawa Yesus mencium Maria ini bukanlah rekod sejarah yang boleh dipercayai.

Kita berpeluang bersaksi kepada rakan kita bahawa Injil Filipus ini bukanlah 'bukti' perkahwinan Yesus yang mencukupi.

Bagaimana pula jika ada yang menerima idea dari novel yang mengatakan bahawa Yesus itu membujang suatu perkara yang ganjil?

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

2 comments:

Anonymous said...

jadi selama hidup, Jesus hanya coli kah?

Anonymous said...

Tak baik, berdosa cakap tentang Nabi Allah begitu, kawan. Yesus tak berdosa selama hidupNya. Tuhan memberkati