Terjemahan oleh HuaiTze dari "The Gospel In 6 Minutes"
Karya John Piper
Apakah itu injil? Biar saya simpulkan dalam satu ayat.Injil adalah berita bahawa Yesus Kristus, Yang Maha Muhsin, telah mengorbankan Diri demi dosa kami dan bangkit semula, menewaskan segala musuhnya supaya sekarang tiada lagi hukuman terhadap mereka yang percaya, tetapi hanya kegembiraan yang abadi. Itulah Injil.
Anda Sentiasa Perlukan Injil
Anda tidak mungkin sampai suatu tahap dimana kamu tidak lagi memerlukan Injil. Jangan sesekali menyangka bahawa Injil itu hanya cara kamu diselamatkan, dan selepas itu, kamu menjadi gagah lalu meninggalkan injil untuk membuat perkara lain.
Tidak! Tuhan menguatkan kita melalui Injilnya, setiap hari, sahingga hari kita meninggal dunia. Pertumbuhan rohani anda tidak mungkin menjangkau keperluan anda untuk mengkhutbahkan Injil kepada dirimu sendiri.
Cara Injil Meneguhkan Anda
Biar saya berikan contoh dari hidupku sendiri. Saya menggunakan contoh ini bukan kerana terasanya hebat untuk bercakap tentang hidup saya, tetapi hanya kerana ia merupakan suatu perjalanan yang telah saya rentasi. Di situ, saya telah mengalami kuasa Injil untuk memperkasakan jati diriku dengan jelas sekali pada tahun lalu. (Ramai diantara kamu sedang merentasi hal-hal yang berkali ganda lebih membebankan daripada barah prostat.)
Kamu masih ingatkah ayat-ayat yang telah saya kongsi denganmu bulan Febuari lalu? Ayat-ayat yang telah menguatkan diri saya? Apabila doktor berkata, ”Saya rasa kita harus buat biopsi,” itulah waktunya rasa gentar dan khuatir muncul. Tetapi, kerana belas kasihanNya, ia tidak tahan lama.
Apa yang terjadi ? 1 Tesalonika 5:9-10. Di sinilah Injil yang tulen.
Kerana Allah tidak menetapkan kita untuk ditimpa murka, tetapi untuk beroleh keselamatan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita, yang sudah mati untuk kita, supaya entah kita berjaga-jaga, entah kita tidur, kita hidup bersama-sama dengan Dia.
Beres. Saya mengalami kedamaian bagaikan sungai.
Injil Itu Sempurna Untuk Keperluan Kamu
Itulah Injil – tepat masanya, sesuai aplikasinya, sempurna memenuhi keperluan saya. Itulah sebabnya Al-Kitab begitu tebal – kerana terdapat pelbagai keperluan yang kita ada. Dan terdapat pelbagai tempat yang sesuai di dalam Al-Kitab dimana makna Injil itu didedahkan. Jadi, jika kamu membenamkan diri di dalam Al-Kitab, selalunya dengan mata untuk memerhati segala yang Kristus telah lakukan bagi kamu, dan bagaimana Dia menebus kamu di dalam sejarah menyeluruh dan gemilang interaksi Allah dengan umatNya, Dia akan membekalkan apa sahaja yang kamu perlukan.
Oleh kerana itu, seluruh diri saya berkata, dan harapan saya adalah untuk berkata sebegini sampai ke hari saya meninggal, ”Sekarang, kepada Dia yang boleh menggagahkan saya, melalui Injil Paulus, kepada Dia – Kepada Allah itu – Kemuliaan untuk selama-lamanya.”
Tuhan telah menembusi sejarah manusia sebagai Yesus Kristus; Dia telah mati disalib untuk memusnahkan kuasa neraka dan kematian dan Syaitan dan dosa; dan Dia melakukannya melalui Injil Yesus Kristus.
Rayuan Untuk Beriman
Saya tahu bahawa ada orang yang membaca ayat-ayat ini yang tidak menaruh kepercayaan kepada Yesus Kristus, dan kerana itu, hanya mampu menantikan penghukuman. Saya hendak merayu kepada kamu, hentikanlah pemberontakan kamu. Serahlah dirimu. Hanya perlu anda memeluk Injil berkenaan Yesus Kristus, Anak Allah, Yang Maha Benar yang telah mati demi dosa kamu. Dia telah bangkit pada hari ketiga, dan telah menewaskan kesemua musuh-musuhNya. Dia akan memerintah sehingga semua musuhNya tumpas di bawah kakiNya. Pengampunan dosa dan perhubungan yang betul dengan Allah hanya datang secara percuma melalui kepercayaan atas Yesus sahaja.
Saya merayu kepadamu: Jangan cuba perkasakan diri kamu dengan kekuatan sendiri; ia akan hilang apabila benar-benar diperlukan. Hanya satu kegagahan yang akan sentiasa hadir – kekuatan yang diberikan Allah melalui Injil.
Jangan berlengah-lengah lagi.
Saturday, April 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mane tuhan kamu yg sebenarnya
Allah atau Yesus
ade 2 ke??
knape slalu mengagungkn Yesus bkn Allah??
Allah yang Satu wujud dalam tiga peribadi iaitu Bapa, Yesus dan Roh Kudus. Ia bererti ada komuniti, perhubungan dan kasih setia dalam Tuhan.
Tuhan tidak bersendirian ataupun sepi... malah mencipta makhluk sosial yang menyerupainya, iaitu manusia yang mampu berhubung, berkasih dan berkomuniti juga
saya percaya dengan injil Tuhan serta kewujudan Tuhan yesus..saya nak tahu mengapa kita diberikan kehidupan yg sementara??mengapa kita harus mati akhirnya???
Hi saudara/saudari, terima kasih atas soalan ini. Dalam kitab Taurat (buku Kejadian, kalau tak silap) ada menceritakan bagaimana kematian muncul dalam dunia ciptaan Tuhan yang indah dan sempurna... iaitu mati kerana adanya dosa manusia (kita sendiri). Kalau tiada dosa, tiada maut. Oleh itu lah, Yesus datang hidup dan mati disalib untuk dosa kita agar kita dapat hidup selamanya bila dibangkitkan (bagi semua yang bertaubat dan menaruh harapan atas Yesus)
Post a Comment