Monday, March 12, 2007

Masih Keliru?

Selamat sejahtera, Encik Abdul Rahman.

Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih kerana rencana saudara di Utusan malaysia berkenaan "Makam Nabi Isa Yang Hilang" telah memberi pandangan bukan sahaja dari sudut pembikin filem dokumentari tersebut, malah dari pandangan penganut Islam, Kristian dan Yahudi juga. Secara saksama, ia mengimbangi dakwaan cerita sensasi yang dibesar-besarkan itu, walaupun saudara mungkin tidak berkesempatan meneliti hujah-hujah utama yang diketengahkan oleh "penemuan" tersebut seperti di sini and sini.

Walau bagaimanapun, saya perlu menujukan perhatian saudara kepada satu kesilapan yang ketara dalam rencana itu yang berkenaan "Dalam tradisi Kristian, Jesus Christ yang walaupun disalib tetapi ia dianggap tidak mati kerana setelah disimpan, baginda dinaikkan ke langit dalam apa yang disebut sebagai Resurrection".

Dalam pengertian Resurrection penganut Kristian, Jesus Christ (Nabi Isa) bukan sahaja disalib, Baginda juga wafat (meninggal dunia), dikuburkan sebelum bangkit semula dari genggaman maut pada hari yang ketiga. Pengakuan Iman Nicea yang diterima oleh semua Kristian ortodoks jelas memberitakan kepercayaan bahawa, "Demi kita, Dia (Nabi Isa) disalibkan oleh Pontius Pilatus menderita dan dikuburkan, Dan menurut Alkitab bangkit semula pada hari ketiga".

Ia amat berbeza dari teori 'resuscitation' di mana Nabi Isa hanya tidak sedarkan diri selepas disalib. Sewaktu peristiwa penyaliban, askar Rom memastikan kematian Baginda dengan menembusi tubuhnya dengan lembing . (Yohanes 19:34)

Oleh itu, saya berharap saudara sudi membuat pembetulan penting ini dalam rencana tersebut supaya memberi gambaran yang lebih tepat untuk tradisi Kristian.

Terima kasih terlebih dahulu atas usaha baik saudara.

Yang benar
David

4 comments:

Adrian Choo said...

Thanks for dropping by my blog. Way to go in advocating the Way, the Truth and the Life. Keep on going bro.

The Hedonese said...

Another ex-HELPian! :) Thanks, Adrian, you keep blogging for the glory of God too hehe...

x said...

hi there...can u reply after u read this?hmmm...if you said that jesus died at the cross...pasti darahnya akan membeku dan tidak mungkin darahnya akan memancut keluar dari tubuhnya sedangkan pada sisi tubuhnya itu dipaku..but bible said that(John19:34)

"Tetapi salah seorang dari askar-askar itu dengan sebatang panah terpaku di sisi tubuhnya, dan serta-merta keluarlah darah dan air"

Y said...

i'm no scientist but it appears that scientists estimate average postmortem coagulation time is about 15-20 mins... so jika askar tu memaku tubuh Nabi Isa sebelum itu, maka mengalirlah darahnya.

Ini mungkin menarik juga:
http://www.konnections.com/kcundick/crucifix.html

"Apparently to make doubly sure of death, the legionnaire drove his lance through the fifth interspace between the ribs, upward through the pericardium and into the heart. The 34th verse of the 19th chapter of the Gospel according to St. John reports: "And immediately there came out blood and water." That is, there was an escape of water fluid from the sac surrounding the heart, giving postmortem evidence that Our Lord died not the usual crucifixion death by suffocation, but of heart failure (a broken heart) due to shock and constriction of the heart by fluid in the pericardium."