Thursday, January 28, 2010

Kepala Khinzir, Kepala Lembu Dan Kepala Raksasa Di Kalangan Kita

Terjemahan dari rencana Farish A. Noor bertajuk “Pigs' Heads, Cows' Heads and The Demons Among Us

Terjemahan Mahabharatta dalam bahasa Melayu-Indonesia, Hikayat Pandawa Lima, menceritakan episod menarik dan mustahak yang berlaku atas medan pertempuran Bharatayudha. Putera Pandawa bernama Yudistira – seorang pertapa berjiwa damai – terpaksa berjuang dengan Raja Prabu Salya. Prabu Salya memiliki suatu senjata hebat yang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa pun, iaitu, Raksasa Chandrabirawa.

Raksasa ini tidak mudah ditumpaskan kerana ia menjadi lebih kuat setiap kali ia diserang. Jika tangannya dipotong, tangan baru tumbuh semula, lebih berkuasa dan bahaya dari sebelumnya. Ratusan pendekar cuba mengalahkan raksasa ini tetapi mereka semua gagal . Malah makhluk itu menjadi lebih kuat selepas pertarungan kerana ia dibekalkan keganasan dan kebencian.

Namun Prabu Salya telah diberi amaran bahawa beliau akan tumpas di tangan ‘orang berjiwa murni yang tidak mencederakan sesiapa’.

Apabila Raksasa Chandrabirawa datang berdepan dengan putera Yudistira, baginda enggan berlawan. Walaupun dilontar cemuhan dan provokasi Chandrabirawa, Yudistira tabah berdiam dan langsung tidak bertindak keras. Maka Raksasa itu naik berang melihat tingkah laku Yudistira dan api kemarahannya semakin marak sehingga ia musnah dibakar obor kebenciannya sendiri. Termakbullah legenda bahawa Prabu Salya akan ditumpaskan oleh ‘orang berjiwa murni yang tidak mencederakan sesiapa’.

Hari ini, ada golongan yang ingin mengapi-apikan keadaan di Malaysia dengan perbuatan provokasi, bertujuan untuk menyalakan rasa gusar dan benci di kalangan kita. Kita melihat insiden sedih dan memalukan di mana kepala lembu dan kini, kepala khinzir pula dipancung dalam kemarahan.

Walaupun pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menghentikan kitaran keganasan dari berterusan, kita, setiap warga Malaysia, juga memikul kewajipan memilih bagaimana kita bertindak balas terhadap perbuatan provokasi mereka. Pada masa sebegini, fikiran tenang dan emosi tabah harus dikekalkan. Inilah saat kita diseru mencontohi jiwa Yudistira dalam sanubari kita. Semangat cinta damai putera bijaksana ini adalah aktif serta melibatkan suatu keputusan untuk menghindari perangkap golongan provokator.

Kitaran benci dan keganasan hanya dapat dihentikan apabila kita sendiri mematahkan rangkaiannya yang di depan mata dan enggan membiarkan diri menjadi bidak dalam permainan api dalang yang tidak berprinsip dan takut mendedahkan diri mereka di muka umum.

Sudah cukup kita melihat insiden kepala lembu atau kepala khinzir ini! Marina Mahathir menggesa kita agar jangan biarkan provokasi mereka membawakan persengketaan (27 Jan 2010) jadi marilah kita – warga Malaysia dari setiap lapisan masyarakat yang pelbagai kepercayaan – memulih kembali kebebasan negara kita dari golongan fanatik, penakut dan provokator ini. Kebencian tidak dapat dikalahkan dengan kebencian, dan sentimen perkauman tidak akan ditumpaskan dengan lebih racun perkauman.

Seperti Yudistira, kita harus membuktikan bahawa cinta akan keamanan, cinta sesama kita adalah kuasa yang mampu menewaskan raksasa di kalangan kita. Dan seperti Yudistira, kita mesti faham bahawa pasifisme bukanlah kelemahan, malah ia adalah ekspresi paling ketara bagi jiwa bebas lagi bijaksana yang enggan berkompromi dalam mengikuti jejak dendam dan kebencian.

PS: Photo courtesy of Allianda.wordpress

4 comments:

Dave said...

Khinzir, Lembu dan Raksaksa di Kalangan Kita

(*Terjemahan dari rencana Farish A. Noor bertajuk “Pigs' Heads, Cows' Heads and The Demons Among Us” oleh saudara David Chong yang budiman. Saya terhutang budi kepadanya atas kesudian beliau untuk menterjemahkan rencana ini.- FN )

Oleh Farish A Noor/ Diterjemahkan oleh David Chong

Terjemahan Mahabharatta dalam bahasa Melayu-Indonesia, Hikayat Pandawa Lima, menceritakan episod menarik dan mustahak yang berlaku atas medan pertempuran Bharatayudha. Putera sulong Pandawa bernama Putra Yudistira – seorang pertapa berjiwa damai – terpaksa berperang dengan Raja Prabu Salya. Prabu Salya memiliki suatu senjata hebat yang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa pun, iaitu, Raksasanya Chandrabirawa.

Raksasa ini tidak mudah ditumpaskan kerana ia menjadi lebih kuat setiap kali ia diserang. Jika tangannya dipotong, tangan baru tumbuh semula, lebih berkuasa dan berbisa dari yang sebelumnya. Ratusan pendekar cuba mengalahkan raksasa ini tetapi mereka semua gagal. Malah makhluk itu menjadi lebih kuat selepas pertarungan kerana ia dibekalkan keganasan dan kebencian.

Namun Prabu Salya telah diberi amaran bahawa beliau akan tumpas di tangan ‘orang berjiwa murni yang tidak mencederakan sesiapa’.

Apabila Raksasa Chandrabirawa datang berdepan dengan Putra Yudistira, baginda enggan berlawan. Walaupun dilontar cemuhan dan provokasi Chandrabirawa, Yudistira tabah berdiam dan langsung tidak bertindak keras. Maka Raksasa itu naik berang melihat tingkah laku Yudistira dan api kemarahannya semakin marak sehingga ia musnah dibakar obor kebenciannya sendiri. Termakbullah legenda bahawa Prabu Salya akan ditumpaskan oleh ‘orang berjiwa murni yang tidak mencederakan sesiapa’.

Hari ini, ada golongan yang ingin sengaja mengapi-apikan keadaan di Malaysia dengan perbuatan provokasi, bertujuan untuk menyalakan rasa gusar dan benci di kalangan kita. Kita melihat insiden sedih dan memalukan di mana kepala lembu dan kini, kepala khinzir pula dipancung dan dilontar dalam kemarahan.

Walaupun pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menghentikan kitaran keganasan dari berterusan, kita, setiap warga Malaysia, juga memikul kewajipan memilih bagaimana kita bertindak balas terhadap perbuatan provokasi golongan tersembunyi ini. Pada masa sebegini, fikiran tenang dan emosi tabah harus dikekalkan. Inilah saat kita diseru mencontohi jiwa Yudistira dalam sanubari kita. Semangat cinta damai putera bijaksana ini adalah suatu sifat aktif, serta melibatkan suatu keputusan untuk menghindari perangkap golongan provokator.

Kitaran benci dan keganasan hanya dapat dihentikan apabila kita sendiri mematahkan rangkaiannya yang di depan mata dan enggan membiarkan diri menjadi bidak dalam permainan api dalang yang tidak berprinsip dan takut mendedahkan diri mereka di muka umum.

Sudah cukup kita melihat insiden kepala lembu atau kepala khinzir ini! Marina Mahathir, dalam tulisan beliau, juga telah menggesa kita agar jangan biarkan provokasi mereka membawakan persengketaan (27 Jan 2010). Jadi marilah kita – warga Malaysia dari setiap lapisan masyarakat yang pelbagai kepercayaan – memulih kembali kebebasan negara kita dari golongan fanatik, penakut dan provokator ini. Kebencian tidak dapat dikalahkan dengan kebencian, dan rasisme tidak akan ditumpaskan dengan lebih racun rasisme.

Seperti Yudistira, kita harus membuktikan bahawa sifat cinta kepada keamanan, cinta sesama kita adalah kuasa yang mampu menewaskan raksasa di kalangan kita. Dan seperti Yudistira, kita mesti faham bahawa pasifisme bukanlah ciri kelemahan, malah ia adalah ekspresi paling ketara bagi jiwa bebas lagi bijaksana yang enggan berkompromi dalam mengikuti jejak dendam dan kebencian.

Tamat.

Daud said...

Kenyataan Bersama Dari Pakatan Rakyat Kelana Jaya - 28hb Januari 2010

Pakatan Rakyat bersama mengecam keras serangan terbaru yang berlaku di Masjid Taman Dato Harun dan Masjid Taman Seri Sentosa. Perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumah ibadat kita mesti dihentikan segera. PKR, DAP and PAS Kelana Jaya bersepadu menentang perbuatan kotor sebegini.

Kami menggesa pihak polis agar menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memberkas mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan rasa benci dan pertelingkahan antara komuniti berbilang kaum. Kami meminta semua pihak supaya bertenang dan jangan bertindak menurut agenda golongan provokator ini.

Tn Hj Izham bin Hashim
YB Hannah Yeoh
Tn Syed Shahir

Daud said...

Joint Statement from Pakatan Rakyat Kelana Jaya - 28th January 2010

Pakatan Rakyat stands together to condemn the latest act of attack on Masjid Taman Dato Harun and Masjid Taman Seri Sentosa. These acts of defilement and attacks on our places of worship must stop. PKR, DAP and PAS of Kelana Jaya stand together in unity against such acts.

We call on the police to maintain peace and order and to apprehend the culprits who are out to cause dissension and hatred between the communities. We remind all to remain calm and not to give in to the provocateurs.

Tn Hj Izham bin Hashim
YB Hannah Yeoh
Tn Syed Shahir

albert said...

Orang yg sabar pasti menang walaupun kelihatannya kalah di mata manusia ... lihatlah Tuhan kita Yesus Kristus ... Dia sabar terhadap umat manusia yg berdosa malah kasihNya tetap kuat walaupun di saat penyeksaan penyaliban sedang berlangsung ... adios ...