Thursday, December 03, 2009

Wawasan Penabur

"Dia yang menyediakan benih bagi penabur, dan roti untuk dimakan, Dia juga yang akan menyediakan benih bagi kamu dan melipat-gandakannya dan menumbuhkan buah-buah kebenaranmu." 2 Korintus 9:10
Visi Kami

Menabur, menumbuh dan menyebarkan bahan sumber Bahasa Malaysia yang terbaik di kalangan penutur BM di Malaysia

Misi & Tujuan Kami

Menabur & Menanam dengan cara mengenalpasti, mengumpul, mengembang dan mengedar media sumber Kristian dalam BM

Menumbuh & Mengakar dengan cara bekerjasama dengan penulis, penterjemah, penerbit, pastor, ahli teologi dan pemimpin yang terlibat dalam pelayanan penguatan gereja

Menyebar & Menebar dengan cara berkongsi semua cabaran dan kesempatan dalam pelayanan BM kepada Tubuh Kristus di Malaysia


Disertai oleh beberapa orang pelayan daripada Semenanjung Malaysia dan penasihat-penasihat Injili seperti Rev. Wong Fong Yang, Ps. Alfred Tais dan Ps. Daniel Raut, kumpulan ini telah membuahkan usaha untuk mengumpul dan memperluaskan penerbitan Kristian dalam negara.

Apa Orang Lain Kata Tentang Kami

"Inisiatif Wawasan Penabur untuk mengenalpasti, berkongsi dan menyebarkan bahan sumber Kristian dalam Bahasa Malaysia kepada kumpulan pribumi layak mendapat sokongan penuh daripada kita semua. Pelayanan ini sangat strategik dan merupakan keperluan yang terutama dalam masa kairos seperti sekarang. Hati nurani kita tidak membenarkan kita menutup sebelah mata terhadap keperluan mendesak satu kumpulan Kristian yang besar di negara ini. Gereja di Semenanjung sangat kaya dengan sumber. Kita boleh berkongsi dan bermurah hati sama seperti orang lain yang sudah berkongsi dan bermurah hati terhadap kita. Gereja di Malaysia akan melemah dan tidak dilengkapi tanpa sokongan kumpulan Kristian ini.”

Rev. Wong Fong Yang, Senior Pastor Gereja Presbyterian City Discipleship dan mantan Moderator Synod Presbyterian di Malaysia

"Enam daripada sepuluh orang Kristian di Malaysia menggunakan BM. Mereka merupakan tulang belakang Tubuh Kristus di Malaysia. Tetapi ramai daripada mereka mengatakan mereka kekurangan sumber dalam BM untuk membangun iman anak mereka, muda-mudi dan pemimpin gereja. Kita perlu membentuk satu kerjasama yang strategik dan kreatif, tanpa memandang denominasi dan bangsa, untuk mengembang bahan sumber BM yang terbaik untuk mereka yang sangat memerlukannya. Wawasan Penabur bertujuan untuk menggenapi visi ini. Doa dan harapan saya adalah supaya satu generasi Kristian yang baru akan bangkit, bersedia untuk menyumbang bakat, masa dan hati mereka untuk pelayanan BM di negara ini.”

Rev. Dr. Hwa Yung, Uskup Gereja Methodist di Malaysia

“ Gereja BM and OA perlu memberi sokongan kepada komitmen WP untuk melayani umat Kristian berbahasa Malaysia yang melintasi denominasi melalui penerbitan bahan-bahan bacaan dalam BM. Pertumbuhan iman tidak hanya terhad kepada secara lisan (khutbah) sahaja, tetapi juga melalui bahan-bahan bacaan, dan disalut i dengan tersedianya sumber pengajaran yang baik. Bahan sumber dalam Bahasa semakin susah kita dapatkan dari luar negara kerana sebab-sebab tertentu. Oleh itu usaha WP untuk mengumpul, menerbit dan menyebar bahan sumber dalam BM perlu diberi sokongan dan kerjasama dari gereja BM dan OA.“

Pr. Alfred R. Tais, Setiausaha Eksekutif Komisi Bahasa Malaysia National Evangelical Christian Fellowship

“Gereja di Malaysia masih belum terjaga untuk menyahut panggilan pelayanan BM secara serius. Sekarang adalah masa yang genting untuk kita menebus semua waktu yang terhilang. Kita perlu sedar bahawa Tubuh Kristus di Malaysia bukan terdiri dari gereja-gereja berbahasa Inggris dan Cina di bandar sahaja, tetapi juga sebahagian besar pribumi Kristian. Tidak dapat dinafikan lagi sekiranya umat Kristian mahu membuat satu impak jangka panjang di negara ini, kita harus mengambil satu langkah besar untuk menjawab keperluan mendesak dan yang strategik untuk pelayanan BM.”

Tan Hwee Yong, penterjemah dan penulis puluhan buku BM termasuklah Embun Pagi, Bayu Penghaparan dan Mabuk Sebelum Fajar Menyingsing.

Kunjungi laman web mereka di sini

Pautan lain :

Pusat Sumber Wawasan Penabur
Projek Pemuridan Belia Kristian
Kamus Istilah Kristian

No comments: