Sunday, May 07, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (V)

Pembentukan Kanon Perjanjian Baru

Dalam abad-abad awal agama Kristian, banyak buku ditulis berkenaan ajaran Yesus dan rasul-rasulNya. Kebanyakan buku ini tidak dimasukkan ke dalam Perjanjian Baru. Ini termasuklah Injil Filipus, Kisah Yohanes, dan Wahyu Petrus.

Bagaimanakah gereja awal dapat memutuskan senarai buku yang boleh diiktiraf atau ditolak dari Perjanjian Baru? Bila dan siapakah yang membuat keputusan tersebut? Menurut Teabing, “AlKitab yang kita tahu hari ini dikumpulkan oleh … Constantine”.

Adakah ini benar?

Gereja awal mempunyai syarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi sebelum diiktiraf ke dalam Perjanjian Baru. Menurut Bart Ehrman, buku-buku ini mestilah ditulis dalam jangka waktu yang menghampiri zaman Yesus di bumi. Ia kenalah ditulis oleh para rasul atau rakan sekutunya. Ajaran buku-buku ini mesti konsisten atau sejajar dengan pemahaman iman ortodoks. Dan ia kenalah diterima dan diguna oleh gereja dengan meluas. Buku-buku yang tidak memenuhi kriteria tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam Perjanjian Baru.

Bilakah keputusan ini dibuat? Siapakah yang memutusnya?

Bukan majlis gereja awal Kristian yang bertanggungjawab memutuskan 27 buah buku yang hari ini dalam Perjanjian Baru. Sebaliknya, proses kanon ini terbentuk secara beransur-ansur apabila gereja menerima buku-buku yang telah diilhamkan oleh Tuhan. Koleksi terawal yang diedarkan ke gereja-gereja pada awal abad kedua adalah 4 Injil serta surat-surat Paulus. Sekitar 144 T.M. pemimpin-pemimpin gereja mula mentakrifkan kanon dengan lebih khusus berikutan Marcion telah menerbitkan senarai buku yang menyeleweng.

Pada penghujung abad kedua, adanya persetujuan semakin meluas bahawa kanon itu merangkumi kempat-empat Injil, Kisah Para Rasul, 13 surat-surat Paulus, surat dari para rasul yang lain dan Wahyu Yohanes. Kanon Muratorian yang bertarikh pada penghujung abad kedua, memperakui setiap buku dalam Perjanjian Baru kecuali Ibrani, Yakobus, 1 & 2 Petrus dan 3 Yohanes. Senarai buku yang hamper sama juga diiktiraf oleh Irenaeus pada hujung abad kedua dan Origen pada awal abad ketiga. Walaupun senarai paling awal kesemua buku Perjanjian Baru datang dari Athanasius pada tahun 367 T.M., terdapat sepersetujuan meluas bagi kebanyakan buku (termasuk keempat-empat Injil) sebelum hujung abad kedua.

Dengan berkongsi matlumat ini dengan rasa hormat and sopan santun (1 Petrus 3:15) kita boleh membantu rakan-rakan sedar bahawa kanon Perjanjian Baru bukanlah keputusan Constantine.

Siapakah Maria dari Magdalena? Teruskan Siasatan Anda Di Sini

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Apakah Itu Da Vinci Code?

Pernahkah Constantine Mengubahsuai Injil?

Adakah Kitab Injil Sumbr Sejarah Yang Sahih?

Apakah itu 'injil' Gnostik?

Bagaimanakah kanon Perjanjian Baru dibentuk?

Adakah Gereja Mengetepikan Maria dari Magdalena?

Adakah Maria dari Magdalena isteri Yesus Kristus?

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian I)

Pernahkah Yesus Berkahwin? (Bahagian 2)

Adakah Pengikut Awal Yesus Mengisytiharkan KeTuhananNya?

No comments: